Saturday 22 November 2014

Masjid al-Aqsa tenang

Baitulmaqdis: Solat Jumaat di Masjid al-Aqsa semalam dilaksanakan tanpa sebarang kejadian tidak diingini walaupun ketegangan dapat dirasai di bandar suci itu.
Bagaimanapun, pertempuran kecil meletus di beberapa kawasan lain di Tebing Barat, termasuk Nablus.
Di Baitulmaqdis, puluhan ribu orang dilihat datang ke pekarangan masjid itu selepas pihak berkuasa Israel menghapuskan had usia bagi melakukan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa untuk minggu kedua berturut-turut.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, pihaknya turut menjaga keamanan bagi mengelak berlaku pertempuran terutama dalam kalangan golongan muda Palestin.
Lelaki dan wanita daripada pelbagai peringkat usia menunaikan solat Jumaat manakala polis memeriksa identiti jemaah muda.
Israel sebelum ini hanya membenarkan jemaah lelaki berusia lebih 50 tahun memasuki pekarangan masjid.
Sementara itu, di Nablus, dan dua lokasi lain di Tebing Barat, ratusan penduduk Palestin menyahut gesaan Hamas supaya menunjukkan kemarahan mereka selama sehari di Baitulmaqdis dan Tebing Barat bagi membantah rancangan Israel untuk mengubah status beberapa kawasan suci umat Islam, khususnya Masjid al-Aqsa. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:19 AM


SEORANG kanak-kanak lari mencari perlindungan daripada meriam air tentera Israel ketika pertempuran di Nablus, Tebing Barat, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10923#sthash.Kkd49WmY.dpuf

No comments:

Post a Comment