PENDUDUK Palestin terpaksa bersesak menumpang di sebuah sekolah yang ditadbir PBB di Rafah. |
Perang di Gaza menyebabkan dia serta empat adiknya menjadi yatim piatu sekelip mata.
Keganasan Israel selama 50 hari di Semenanjung Gaza meragut hampir 500 nyawa kanak-kanak.
Tetapi pada masa sama, ia juga menyebabkan ratusan menjadi yatim, yang berdepan dengan ketiadaan kasih sayang ibu dan bapa.
Tetapi pada masa sama, ia juga menyebabkan ratusan menjadi yatim, yang berdepan dengan ketiadaan kasih sayang ibu dan bapa.
TIGA beradik yang cedera dalam serangan Israel dirawat oleh pasukan perubatan di sebuah hospital di Gaza, selepas rumah mereka dibom 19 Ogos lalu.
“Lebih baik saya mati daripada tidak mempunyai ibu bapa,” katanya, ketika menceritakan semula kejadian yang meragut nyawa kedua ibu bapanya.
“Mereka sedang berbuka puasa. Hari itu hari kedua peperangan. Tiba-tiba sebutir bom jatuh ke atas rumah kami.
“Saya melihat mereka rebah dan serta-merta tahu mereka tidak lagi bernyawa,” kata Amir, anak sulung daripada lima beradik.
Adik bongsunya, Lamis, yang hanya berusia empat bulan.
Seorang lagi adiknya, Nur, 6, juga terbaring dengan mukanya berlumuran darah.
“Dua pekerja perubatan membawanya,” kata Amir, sambil merenung Nur yang ketika itu duduk di sebelahnya.
“Saya sudah biasa menjaga adik saya. Tetapi kini saya takut kerana kami sudah tidak mempunyai ibu bapa,” katanya.
Orang dewasa yang masih ada dengan mereka ialah datuk dan neneknya.
Neneknya, Afaf Hamad, 60, seperti setengah juta penduduk Gaza lain, juga hilang tempat kediaman akibat keganasan Israel.
Namun, Afaf bertekad menjaga kelima-lima cucunya, tidak kira apa terjadi.
Bagaimanapun dia bingung memikirkan pembiayaan persekolahan cucu-cucunya.
“Saya tidak akan meninggalkan mereka. Saya akan membesarkan mereka seperti saya membesarkan ibu mereka. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menyekolahkan mereka,” katanya.
Bisan Daher, lapan, juga kehilangan kedua ibubapanya dan beberapa abang dalam peperangan itu.
“Kami semua berada di rumah. Tak ada apa yang kami hendak sembunyikan. Tidak ada bom. Tak ada roket Tetapi mereka serang juga rumah kami.
“Kini ibu, bapa dan abang ada di syurga. Saya berharap sangat untuk menemui mereka,” kata Bisan, yang masih berbalut akibat luka dialaminya.
Dia terperangkap selama enam jam di bawah runtuhan sebelum pasukan perubatan menyelamatkannya.
Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 373,000 kanak-kanak memerlukan sokongan psikologi selepas perang yang berterusan selama tujuh minggu.
Kanak-kanak berada di tempat teratas senarai kematian. Daripada 2,143 yang terbunuh, 494 adalah kanak-kanak.
Di pihak Israel, hanya seorang kanak-kanak daripada 70 orang yang mati, 64 daripada mereka tentera.
Hanya terdapat sebuah rumah anak yatim di seluruh Gaza. Keganasan terbaru Israel menyebabkan keadaan rumah yatim terbabit sesak.
Rumah anak yatim Al-Amal sudah membawa masuk antara 250 dan 300 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu akibat kekejaman rejim Zionis itu.
Sebelum perang, hanya 120 kanak-kanak menghuni rumah berkenaan.
Ketika Israel mengganas, seorang kanak-kanak rumah itu, Ali, 10, terbunuh selepas rejim itu mengebom sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tempat dia berlindung.
Rumah itu hanya ada 31 bilik, tetapi pengarahnya, Ayad al-Masri yakin, ia akan berkembang.
“Kami akan membina sebuah lagi bangunan untuk menempatkan semua kanak-kanak itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment