TEBING BARAT - Israel merancang merebut ratusan hektar tanah milik Palestin di Tebing Barat.

Media Israel East Monitor melaporkan, rancangan itu adalah sebahagian daripada projek pembesaran rejim Tel Aviv selepas mereka dikatakan 'gagal' dalam pertempuran dengan Palestin.

Sumber tentera Israel pula melaporkan, kira-kira 400 hektar tanah di Gevaot, bandar selatan Betlehem diisytiharkan sebagai tanah milik Israel.

"Kami mengalu-alukan rancangan ahli majlis yang ingin membuka jalan bagi mengembangkan bandar Gevaot bertujuan membina sebuah bandar baharu.

Kumpulan aktivis Israel dikenali Peace Now mengesahkan, pelan itu sudah berada dalam skop peluasan jajahan Israel sejak 1980-an.

Terdahulu, satu lagi kumpulan aktivis Israel B’Tselem turut mengumumkan, Tel Aviv merampas puluhan ribu hektar tanah daripada rakyat Palestin di Tebing Barat sejak 1967 untuk membina lebih 200 penempatan.

Sementara itu, pemerhati keamanan antarabangsa menyifatkan perbuatan itu adalah tanda awal provokasi gencatan senjata Israel terhadap Palestin.