24 September 2014
TEL AVIV - Bekas Presiden Israel, Shimon Peres menuntut parti politik utama supaya menggulingkan perdana menteri, Benjamin Netanyahu dan mengadakan pilihan raya baharu.
Menurut Press TV, Akhbar Jerusalem Post melaporkan Peres, 91, turut menggesa Menteri Kewangan, Yair Lapid supaya keluar daripada kerajaan gabungan pimpinan Netanyahu bersama pemimpin parti Hatnua, Tzipi Livni.
"Episod pentadbiran Netanyahu sudah sampai ke penghujung kerana ia tidak melangkaui jangkaan saya dan gagal membawa sebarang perkembangan positif," jelasnya.
Tinjauan dilakukan Channel 10 TV juga menunjukkan populariti pemimpin Parti Likud itu jatuh kepada 55 peratus berbanding 69 peratus pada awal bulan lalu.
No comments:
Post a Comment