Sunday 17 August 2014

Gaza: Konvoi Malaysia terpaksa bermalam di Ismailia


Daripada Syed Azwan Syed Ali
ISMAILIA, Mesir: Konvoi misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza terpaksa berhenti dan bermalam di bandar pelabuhan Ismailia kerana kargo 10 tan bekalan ubat dan peralatan perubatan belum dikeluarkan dari Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah hari ini.
Ia juga ekoran faktor keselamatan perjalanan ke sempadan Rafah yang tertakluk kepada perintah berkurung tentera bermula jam 4 petang hingga 7 pagi setiap hari di kawasan utara Sinai.
Konvoi 85 sukarelawan Malaysia, termasuk empat wakil kedutaan itu, disertai sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Mercy Malaysia dan MAPIM.
    Misi yang diketuai Presiden KP1M yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka meneruskan 280km perjalanan ke Rafah esok.
    Misi kemanusiaan NGO Malaysia dikoordinasi Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

No comments:

Post a Comment