Henk Zanoli memulangkan kembali Pingat Keberanian kepada duta Israel di The Hague selepas sebuah jet pejuang tentera Yahudi mengebom rumah cicitnya di Gaza dan membunuh seluruh isi rumah.
Melalui surat yang ditulisnya, Zanoli berkata: “Dengan kesedihan yang sangat mendalam, saya dengan ini memulangkan kembali pingat penghargaan yang saya terima daripada kerajaan Israel atas usaha dan risiko yang diambil ibu saya dan keluarganya melindungi seorang kanak-kanak Yahudi ketika era penguasaan Jerman.” Menurut surat yang dikirim Zanoli kepada duta Israel itu, pengeboman yang dilakukan tentera Zionis pada 20 Julai lalu meranapkan sebuah bangunan empat tingkat di Kem Pelarian Bureij dan membunuh semua orang di dalamnya.
“Cucu-cicit ibu saya kehilangan nenek mereka, tiga bapa saudara, seorang ibu saudara dan seorang sepupu angkara kekejaman Israel. Ia sesuatu yang mengejutkan dan tragik apabila hari ini, empat generasi keluarga kami menyaksikan pembunuhan yang dilakukan orang kami sendiri di Gaza,” katanya.
Hampir 2,000 rakyat Palestin dibunuh kejam tentera Israel dalam serangan bertali arus yang dilancarkan ke atas Gaza, berselindung dengan alasan membalas serangan roket Briged Izuddin Al-Qassam.
"Tindakan negara anda di Gaza akhir-akhir ini menyebabkan anda melakukan jenayah perang dan kemanusiaan," kata Zanoli melalui suratnya. - AFP
KANAK-kanak Palestin memeriksa keadaan rumah mereka yang musnah akibat keganasan tentera Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, semalam.
No comments:
Post a Comment