DUBAI 10 Julai - Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hari ini dilaporkan menyalurkan dana sebanyak AS$25 juta (RM 79.5 juta) untuk bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak tiga hari lalu.
Persatuan Bulan Sabit Merah Emirati akan menyelia sumbangan dana itu bagi membantu membina hospital di Gaza untuk merawat penduduk Palestin yang cedera, menurut agensi berita, WAM.
Israel melancarkan operasi ketenteraan di Gaza yang diberi nama Operasi Pelindungan Sempadan pada Selasa lalu bertujuan membendung serangan roket daripada pergerakan Hamas ke wilayah Israel.
Operasi itu merupakan yang terbesar oleh Israel ke atas Gaza sejak 2012. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_06/UAE-sumbang-RM795-juta#ixzz376kkLQaY
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment