Friday 11 July 2014

31 lagi warga Palestin terkorban


SEORANG lelaki mengangkat mayat seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang maut akibat serangan udara rejim Zionis Israel yang mengenai kediamannya di Gaza City, kelmarin. - REUTERS
GAZA CITY 10 Julai - Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, masuk hari ketiga hari ini mengakibatkan 31 orang penduduk Palestin terkorban termasuk empat wanita dan empat kanak-kanak, kata pasukan perubatan hari ini.
Korban terbaru itu menjadikan jumlah penduduk Palestin terbunuh sejak Israel melancarkan operasi ketenteraan ke atas Gaza tiga hari lalu meningkat kepada 82 orang.
Tentera Israel berkata, pihaknya melancarkan 700 serangan ke atas lebih 300 sasaran pergerakan Hamas sejak malam tadi.
Jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, serangan pada awal pagi ini mengenai sebuah kedai kopi di bandar Khan Yunis dan menyebabkan lapan orang terbunuh dan 15 orang lagi cedera,
"Serangan kedua terkena sebuah rumah di kem pelarian Nusseirat, tengah Gaza menyebabkan seorang maut dan sejumlah lagi cedera,’’ katanya.
Satu serangan yang mengenai sebuah kereta di barat Gaza City selepas waktu subuh menyebabkan tiga orang maut dan empat lagi cedera.
Bunyi letupan boleh didengari sejak malam tadi di kawasan Palestin selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran tindakan lebih keras akan diambil.
Operasi ketenteraan kali ini merupakan paling besar dilancarkan oleh rejim Zionis Israel ke atas Gaza sejak 2012. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_04/31-lagi-warga-Palestin-terkorban#ixzz376kJxkMg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment