WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menyatakan kelmarin negaranya akan menggunakan segala sumber diplomatik dan hubungannya untuk memastikan persetujuan gencatan senjata dapat dicapai bagi menamatkan keganasan antara Israel dan Hamas di Genting Gaza.
Obama berkata, AS menyokong usaha berterusan Mesir untuk menghidupkan semula gencatan senjata yang dipersetujui pada tahun 2012.
Menurutnya, AS sedang berusaha bersama sekutunya di Asia Barat untuk mencapai persetujuan satu gencatan senjata akan dicapai.
Kata Obama, Israel berhak mempertahankan diri daripada serangan roket Hamas tetapi beliau juga kesal dengan kematian orang awam di Gaza.
Beliau memberi penekanan mengenai keperluan untuk melindungi orang awam di Gaza dan Israel serta mengelak krisis itu daripada menjadi bertambah buruk.
"Tiada penduduk negara di bumi yang boleh menjalani kehidupan apabila ia berdepan bedilan roket pada setiap hari," kata Obama di White House di sini.
"Namun, sejak dua minggu lalu, kita semua sedih berhubung keganasan terutamanya kematian dan kecederaan sebegitu ramai orang awam di Gaza," tambahnya. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz37ljdVnCZ
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment