- Petugas media turut membantu mengangkat mangsa serangan. Foto: AFP
Gencatan senjata itu dicadangkan Koordinator Khas PBB, Robert Serry dan perwakilan Liga Arab melalui Mesir bermula 10 pagi hingga 2 petang (waktu tempatan) atau 3 petang hingga 8 malam waktu Malaysia.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, pihaknya menghormati tindakan PBB selepas berbincang dengan beberapa kumpulan pejuang Gaza.
Difahamkan, gencatan dibuat untuk membenarkan rakyat Palestin memperoleh bekalan makanan tambahan, air bersih dan keperluan lain.
Bagaimanapun, Israel bersumpah akan melancarkan serangan sekiranya Hamas menyerang ketika tempoh gencatan senjata dikuatkuasakan.
Kelmarin, Sami berkata, pelawaan untuk melaksanakan gencatan senjata itu ditolak selepas pihaknya tidak menerima sebarang cadangan gencatan senjata secara rasmi.
“Kami menuntut semua perkara terkandung dalam gencatan senjata itu mesti dipenuhi sebelum bersedia menghentikan serangan balas. Kami tidak boleh berdiam diri jika puluhan rakyat kami terus dibunuh,” katanya dalam laporan AFP.
No comments:
Post a Comment