Friday 18 July 2014

Gaza: Angka korban keganasan Israel meningkat 231

Gaza: Angka korban keganasan Israel meningkat 231
SEORANG wanita Palestin termenung memikirkan nasib dirinya di dalam rumah yang musnah selepas dibedil dalam serangan udara Israel di bandaraya Gaza, hari ini. - Foto Reuters 
BANDARAYA GAZA: Kereta kebal Israel melepaskan tembakan menyebabkan tiga orang penduduk Palestin terkorban di Semenanjung Gaza hari ini sekali gus menjadikan angka kematian akikat serangan rejim yang masuk hari ke-10 meningkat kepada 231.

Seorang penduduk Israel turut terbunuh dalam serangan roket pejuang Palestin.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra, berkata tiga lelaki berusia 20-an terkorban di selatan Rafah pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.
Kematian itu adalah yang terbaru selepas tujuh orang terkorban pada malam semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment