Friday 18 July 2014

Israel bunuh empat kanak-kanak


AFP
SEORANG saudara kepada empat kanak-kanak Palestin menangis di rumah mayat Hospital al-Shifa di Bandar Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA - Empat budak lelaki Palestin yang memiliki hubungan sepupu terkorban dalam bedilan tentera Israel di sebuah pantai di Semenanjung Gaza kelmarin.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mereka dikenali sebagai Ahed Atef Bakr, 10 tahun, Zakaria Ahed Bakr, juga 10 tahun, Mohamed Ramez Bakr, sembilan tahun dan Ismail Mohamed Bakr, 11 tahun.
Sejumlah kanak-kanak lain pula berlari masuk ke dalam sebuah hotel untuk meminta bantuan.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, Hamed Bakr ditembusi serpihan peluru berpandu di dada dan menangis dengan berkata: "Ia sakit, dada saya sakit."
Orang ramai di lokasi kejadian membantu membersih dan membalut luka mangsa dan dua kanak-kanak lain yang cedera sementara menunggu ketibaan ambulans.
Setakat ini, masih tidak jelas sama ada serangan kelmarin dilancarkan dari kapal perang atau pesawat tempur rejim Zionis.

-
MAYAT seorang kanak-kanak yang terkorban kelihatan berada di sebuah pantai di Semenanjung Gaza, Palestin kelmarin.


Beberapa jam selepas itu, tentera Israel dalam satu kenyataan menyifatkan kematian mereka sebagai tragis dan mengaku sedang menyiasat insiden tersebut.
"Berdasarkan keputusan awal, sasaran serangan itu adalah operasi memerangi Hamas.
"Laporan kemalangan jiwa orang awam akibat serangan itu merupakan perkara tragis," kata kenyataan rejim Zionis.
Dalam pada itu, jenazah empat kanak-kanak itu dibawa ke Masjid Abu Hasira berhampiran lokasi mereka menemui ajal.
"Empat kanak-kanak ini sedang bermain, seorang daripada mereka memberitahu ibunya bahawa mereka mahu keluar ke pantai," kata datuk kepada seorang kanak-kanak yang terkorban itu.
"Kami tidak tahu apa-apa sehinggalah kami mendengar radio bahawa terdapat serangan Israel dan anggota keluarga Bakr telah terbunuh," tambahnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz37ljTNzbT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment