Jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, kejadian berlaku di kawasan kejiranan Daraj di pusat bandar Gaza.
Ia sekali gus meningkatkan jumlah kematian akibat serangan udara Israel di wilayah itu semalam kepada enam orang.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada mangsa orang awam atau pejuang.
Siaran televisyen Al-Aqsa milik Hamas menyiarkan gambar mayat rentung diusung memasuki ambulans.
Serangan terhadap kereta itu berlaku sejurus selepas seorang lelaki terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis itu di tengah Gaza.
MANGSA serangan Israel dirawat di sebuah hospital di Khan Younis.
SATU daripada rumah yang musnah terkena bom tentera Zionis di Gaza. |
Sehingga ini, 48 rakyat Palestin cedera, empat daripadanya parah selepas Israel melancarkan kempen keganasan terbaru di wilayah yang dikuasai Hamas itu.
Pesawat udara Israel menghujani Gaza dengan bom dalam lebih 50 serangan awal pagi semalam (waktu tempatan) selepas pejuang Hamas melepaskan sejumlah roket ke kawasan sempadan negara Yahudi itu.
Pertempuran itu dianggap paling serius di antara kedua-dua pihak sejak November 2012 dan berlaku ketika Israel bergelut mengekang kebangkitan Arab yang berang atas kematian remaja Palestin di tangan pelampau Yahudi. Pegawai perubatan berkata, tujuh kanak-kanak dan dua wanita antara yang cedera dengan dua daripadanya parah. Tentera Zionis mengesahkan mereka melancarkan Operasi Protective Edge bagi ‘mengurangkan serangan roket di selatan Israel.’ Jurucakap rejim Zionis berkata, kira-kira 50 sasaran diserang, termasuk empat rumah kononnya dimiliki militan, tapak pelancaran roket dan infrastruktur pejuang Palestin. Setakat ini serangan roket dari Gaza hanya menyebabkan kerosakan kecil di pihak Israel.
Pihak keselamatan Palestin menyatakan jumlah serangan yang disasarkan ke kawasan mereka lebih 70 kali. Saksi semalam berkata, beberapa rumah disasarkan, terutama di bandar Khan Younis. Hamas pula berkata, Israel sudah bertindak melepasi batasan dan akan menanggung akibatnya. Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, jika dasar zalim itu tidak dihentikan, mereka akan bertindak dengan memperluaskan kawasan serangan sehingga ke lokasi ‘yang tidak dijangka.’ Zionis berkata 81 roket disasarkan ke selatan Israel pada pagi kelmarin dengan satu per tiga daripadanya berturutan pada waktu petang. Pagi semalam, kata jurucakap Zionis, enam lagi roket terkena wilayah mereka. - AFP
No comments:
Post a Comment