Wednesday, 9 July 2014

Suspek Yahudi mengaku bakar remaja Palestin


MOHAMMED ABU KHDEIR


BAITULMUQADDIS - Tiga suspek warga Israel kelmarin mengaku menculik dan membakar sehingga mati seorang remaja Palestin yang diculik pada minggu lalu.
Mereka turut melakonkan semula aksi kejam itu kepada pihak berkuasa.
Remaja Palestin berkenaan, Mohammed Abu Khdeir, 16, diculik di luar kediamannya di timur Baitulmuqaddis pada Rabu lalu manakala mayatnya yang rentung ditemui di sebuah hutan di sini tidak lama kemudian.
Kematiannya mencetuskan bantahan ganas di kawasan kejiranan penduduk Arab di sini dan di utara Israel.
Semua suspek Yahudi itu yang berasal dari sini masih tidak didedahkan identiti mereka dan masih ditahan semalam.
"Saya tidak tahu rupa paras mereka kerana unit keselamatan Israel, Shin Bet tidak mahu gambar mereka didedahkan walaupun kepada saya," kata seorang peguam suspek tersebut, Naftali Werzberger.
Dalam pada itu, penduduk Palestin menyifatkan kematian Mohammed sebagai tindakan balas dendam berhubung penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel pada bulan lalu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz36vEhAtFv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment