Israel didakwa mahu menggagalkan misi menyambung semula rundingan damai.
TEBING BARAT - Kerajaan Palestin mendedahkan kawasan pinggir Tebing Barat sekali lagi bakal dicerobohi selepas rejim Israel meluluskan empat pelan penempatan haram baru, kelmarin.
Menurut pegawai, pengumuman itu dibuat sehari sebelum Setiausaha Amerika Syarikat (AS), John Kerry dijadual mengadakan perbincangan damai dengan pemimpin Palestin dan Israel.
Sebelum itu, Israel didakwa mencampuradukkan dasarnya sejurus mengetahui Kerry sedang berusaha menghidupkan semula rundingan damai Palestin yang terhenti pada 2010.
"Rundingan damai dihentikan susulan penduduk Palestin tidak berpuas hati dengan pencerobohan Israel," katanya kepada Al-Jazeera.
Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rdainah mengutuk keras tindakan rejim yang dianggap sebagai penceroboh serta pencuri tanah milik penduduk Islam.
"Israel sebenarnya telah mewujudkan satu halangan dengan mensabotaj usaha AS agar rundingan damai tidak disambung semula.
"Pendirian kami (Palestin) adalah jelas iaitu segala penempatan haram dan pencerobohan wajib dimusnahkan," katanya.

No comments:
Post a Comment