Diari sebuah keganasan : Sorotan kisah duka hari Nakbah (malapetaka)
Ghatheyya Mifleh al-Khawalda (80) berusia 15 tahun ketika beliau lari menyelamatkan diri ketika peristiwa Nakbah pada tahun 1948.
Ayah beliau keluar untuk solat subuh, namun tidak pulang- pulang setelah itu. Mereka menjumpainya syahid di tempat solatnya.
Mereka pernah punyai rumah besar yang mewah, kebun-kebun yang banyak, teman-teman yang ceria namun semua ini berubah sekelip mata apabila kedatangan tentera Zionis yang mengusir dan membunuh penduduk kampung dengan kejam.
Tiada jalan lain selain melarikan diri bagi kaum ibu dan kanak-kanak jika tidak ingin menjadi mangsa bunuh yang kejam oleh Zionis.
Kegerunan yang tidak tergambar ketika itu, sehinggakan sebahagian ahli keluarga/ anak yang tidak dijumpai terpaksa di tinggalkan demi menyelamatkan nyawa masing-masing. Tiada satu harta yang sempat diselamatkan, walaupun secebis makanan tidak dibawa bersama.
Mereka lari ke kawasan kampung terdekat namun tidak kekal lama, kerana akhirnya kawasan itu juga Zionis tiba dan melakukan pembunuhan dan pengusiran, hingga mereka terpaksa melarikan diri semula.
Jika ada antara mereka yang gugur syahid, tiada yang dibenarkan untuk berpatah balik menyempurnakan jasad-jasad ahli. Mereka perlu fokus untuk meneruskan hidup dan generasi ummat Islam di sana. Satu gambaran suasana yang cukup meruntun hati!
"Kami berjumlah ribuan, berlari, berjalan kaki- terpaksa tidur di Masjid- masjid, di jalan, di atas tanah dan lumpur!"
begitulah antara luahan pilu, mereka akan pulang dan menuntut hak dan tanah mereka.
Israel, Zionis perlu gentar dengan semangat mereka untuk pulang dan berjuang setelah mengumpul kekuatan.
___________________
Sumber: PCHR
TT : Aman Palestin Mesir.

No comments:
Post a Comment