Saturday 18 May 2013

Penjajah Yahudi Membakar Ladang Tanaman Palestin

14 Mei 2013 - Al-Khalil, (PIC) - Peneroka Yahudi membakar ladang dan tanaman Palestin di bandar Yatta, selatan Al-Khalil, pada pagi Isnin.

Sumber tempatan berkata bahawa beberapa peneroka Yahudi menyelinap masuk ke kawasan yang berdekatan dan membakar tanaman yang dimiliki oleh ahli keluarga Awad.

Mereka berkata bahawa sebilangan besar tentera Israel turut hadir pada masa serangan itu tetapi tidak campur tangan untuk menghentikannya.

Sementara itu, tentera Israel memberi notis kepada rakyat di Yatta dan Daheriya bahawa telaga air dan kawasan pertanian lain akan dibakar dengan alasan kawasan-kawasan itu di bawah kawalan penuh pihak berkuasa pendudukan Israel mengikut perjanjian Oslo.

............................................................................
Layari : www.amanpalestin.net

No comments:

Post a Comment