Saturday 18 May 2013

Israel mahu sahkan penempatan haram



Pemandangan kawasan penempatan haram Yahudi di Givat Asaf, berhampiran Ramallah, kelmarin. - Reuters
BAITULMAQDIS 17 Mei - Israel didakwa menggunakan undang-undang untuk 'menghalalkan' empat kawasan penempatan haram kecil Yahudi di Tebing Barat, beberapa hari sebelum Setiausaha Negara Amerika Syarikat memulakan usaha damai terbaharu.
Kumpulan pemantau Israel, Peace Now berkata, kerajaan kini cuba mencari jalan untuk mengesahkan empat kawasan penempatan haram kecil Yahudi iaitu Maaleh Rehavam, Haroeh, Givat Assaf dan Mitzpeh Lachish.
Dalam kes Haroeh, kumpulan pemantau itu berkata, Menteri Pertahanan Israel telah mengarahkan pegawainya melihat sama ada kawasan penempatan haram itu dibina di 'kawasan negara' bagi membolehkan ia disahkan pembinaannya daripada segi undang-undang.
''Kerajaan cuba mengelak menguatkuasakan undang-undang dengan mengesahkan pembinaannya daripada segi undang-undang berbanding mengusir mereka,'' kata jurucakap Peace Now, Hagit Ofran.
Lebih 500,000 penduduk Yahudi kini menetap di kawasan penempatan haram yang dianggap melanggar undang-undang oleh masyarakat antarabangsa.
Beberapa ribu orang pula tinggal di kawasan penempatan haram yang tidak dibenarkan oleh Israel dan rejim Zionis Israel itu berjanji akan merobohkannya.
Ofran berkata, tindakan kerajaan Israel itu disifatkan 'memberi tamparan' kepada John Kerry.
Katanya, Mahkamah Agung dijadual memutuskan perkara itu pada minggu depan.
Bagaimana pun, Kementerian Pertahanan Israel dan Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu enggan mengulas. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130518/lu_02/Israel-mahu-sahkan-penempatan-haram#ixzz2TboSMVVr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment