Thursday 16 May 2013

ICC siasat serangan Gaza Freedom Flotilla

ICC siasat serangan Gaza Freedom FlotillaKapal Mavi Marmara yang diserang tentera Zionis pada penghujung Mei 2010.
THE HAGUE - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) melakukan siasatan awal membabitkan serangan rejim Israel terhadap kumpulan bantuan Gaza Freedom Flotilla pada 2010 sebagai jenayah perang dan kemanusiaan.

"Siasatan awal adalah bagi memastikan pertuduhan bersesuaian kepada tentera Israel," kata pendakwa ICC, Fatou Bensouda dalam laporan Reuters, kelmarin.

Menurut Bensouda, pihaknya mengadakan pertemuan dengan barisan peguam Turki yang mewakili Kesatuan Comoros ke mahkamah di The Hague, Belanda.

Sebelum itu, kapal Mavi Marmara didaftarkan dalam negara kepulauan Perairan India yang juga adalah ahli ICC.

Pada Mei 2010, pasukan komando Israel bertindak menyerang kumpulan bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza, Freedom Flotilla di perairan antarabangsa dalam Laut Mediterranean dan membunuh sembilan warga Turki, termasuk remaja dalam kapal itu.

Serangan itu turut mencederakan kira-kira 50 sukarelawan serta petugas media yang menaiki enam kapal konvoi.

Peguam turut menyatakan, tindakan tentera Israel merupakan kekejaman berbentukan rancangan atau dasar keganasan bagi menghalang kumpulan membawa bantuan kemanusiaan memasuki kawasan kepungan di Gaza.

Sejak Jun 2007, keseluruhan perairan sempadan Gaza dikepung menyebabkan penduduk Palestin menderita akibat pengangguran, kemiskinan, kekurangan sumber makanan dan perubatan.

Bagaimanapun, selepas serangan terhadap kumpulan Gaza Freedom Flotilla, sedikit demi sedikit sekatan tanah Gaza oleh rejim dikurangkan bagi memberi laluan kemasukan barangan keperluan penduduk Islam Palestin.

No comments:

Post a Comment