Bulan lalu menjadi detik penting kepada penduduk Palestin berikutan projek pembinaan muzium terbesar di Tebing Barat yang akan memaparkan sejarah mereka mula dibina.
Laporan AFP menyatakan muzium itu akan menjadi batu loncatan kepada tuntutan mereka untuk menubuhkan negara dengan membina pusat simpanan maklumat kisah sejarah Palestin sekitar dua abad lalu.
Menurut Jack Persekian selaku pengarah muzium itu, beliau berharap projek tersebut akan memberi peluang kepada penduduk Palestin untuk berkongsi cerita mengenai kisah hidup mereka.
Projek keseluruhannya dibiayai secara persendirian dan turut mendapat sokongan daripada kerajaan serta dianggap sebagai projek terbesar melibatkan pelbagai sudut.
Difahamkan, ia diselia oleh Persatuan Kebajikan, sebuah kumpulan pembangunan dan bantuan Palestin disokong oleh dermawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA).
Bagaimanapun, pembinaan muzium itu telah menarik perhatian banyak pihak kerana mereka khuatir berlaku percanggahan fakta dalam bahan pameran berhubung kisah sebenar konflik Israel-Palestin.
Ini kerana pencerobohan Israel pada 1948 telah menjadi titik tolak kepada berlakunya Hari Nakba (bencana) yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari kampung halaman mereka.
Rejim Zionis pula menganggap insiden itu kononnya sebagai detik bersejarah penubuhan negara tersebut.
Pada masa ini, Israel mempunyai puluhan muzium manakala Palestin hanya mempunyai kira-kira 30 muzium di Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur.
Projek pembinaan peringkat pertama meliputi kawasan 3,000 meter (m) persegi yang menelan kos AS$15 juta (RM46 juta) dijadualkan siap dalam tempoh dua tahun.
Struktur bangunan yang direka oleh firma seni bina berpusat di Dublin, Heneghan Peng itu diinspirasikan daripada binaan tempatan (teres melata) di Birzeit, Palestin terletak 14 kilometer di utara Ramallah.
Teres itu digelar sanasil dalam bahasa Arab yang dibina menggunakan tembok batu seperti biasa didirikan masyarakat tempatan.
Selain itu, muzium tersebut juga akan dikelilingi landskap hijau seperti pokok bunga dan tumbuhan herba yang berasal dari Timur Tengah.
Projek pembinaan peringkat kedua melibatkan pusat pameran, auditorium dan perpustakaan di kawasan seluas 9,000 m persegi pula dijangka siap secara keseluruhannya dalam tempoh 10 tahun.
Majlis peletakan batu asas muzium itu berhampiran Universiti Birzeit dengan berlatarbelakangkan pemandangan pokok zaitun dan bukit bukau turut diraikan oleh pegawai kerajaan.
Selain kisah sejarah, muzium tersebut akan turut memaparkan cerita penduduk Palestin yang menetap di luar negara dan keadaan kehidupan penduduk di Genting Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur di bawah kekuasaan Jordan dan Israel.
Penganjur berharap muzium itu akan membawa kepada perkongsian di wilayah lain, di mana penduduk Palestin tinggal.
Terdapat beberapa kem pelarian di Jordan, Lubnan dan Syria menempatkan penduduk negara itu termasuk masyarakat Palestin di Barat, terutamanya di Chile.
Walaupun projek tersebut sebagai satu inisiatif swasta, ia dianggap sesuai dengan cita-cita Palestin yang berhasrat untuk membentuk sebuah negara. Pengarah Akademi Seni Antarabangsa Palestin, Khaled Hourani berkata, muzium adalah seperti lapangan terbang atau hospital. Ia adalah sebahagian struktur penting dalam sesebuah negara.
Sejak beberapa tahun lalu, Palestin telah membina beberapa muzium dan salah sebuah yang masih dalam pembinaan adalah sempena untuk memperingati perjuangan bekas Presiden Yasser Arafat.
Di Gaza, dua muzium mempamerkan artifak di wilayah itu dipercayai berusia ribuan tahun yang menjadi pertemuan sejarah antara Asia dan Afrika.

No comments:
Post a Comment