Laporan tersebut juga menunjukkan pelaburan dalam projek pembinaan penempatan haram Israel telah menurun kepada 2.1 peratus pada suku ketiga 2014.
Laporan tersebut juga menunjukkan pelaburan dalam projek pembinaan penempatan haram Israel telah menurun kepada 2.1 peratus pada suku ketiga 2014.
BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) menyediakan pelan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel sekiranya negara itu melakukan tindakan provokasi yang menjejaskan penyelesaian dua negara bersama Palestin.

Menurut laporan akhbar Haaretz, Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah telah mengedarkan dokumen rahsia berhubung rancangan tersebut kepada 28 negara anggota EU.

"Sekatan terbabit turut melibatkan pelbagai barangan yang dieksport ke pasaran Eropah dan ia akan ditanda bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk keluaran Israel," jelas laporan itu lagi.

Dokumen tersebut juga mengandungi sekatan yang bakal dikenakan terhadap perjanjian perdagangan bebas antara Israel dan blok Eropah.

Sementara itu, laporan rasmi Pusat Biro Perangkaan Israel (CBS) , menunjukkan ekonomi negara itu menguncup pada suku ketiga tahun 2014  dengan Keluaran Dalam Negara Kasar jatuh pada kadar tahunan 0.4 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga akhir September dalam laporan Press TV.