Monday 27 October 2014

Zionis tahan 5 warga Palestin


Baitulmaqdis: Sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin ditangkap ketika pertempuran terbaru di timur Baitulmaqdis semalam.

Pertempuran itu kebanyakannya berpusat di kejiranan Silwan yang terletak berdekatan kediaman Abdelrahman Shaludi, seorang lelaki tempatan yang merempuh kenderaannya ke arah orang ramai di Baitulmaqdis minggu lalu.

Kejadian itu menyebabkan seorang bayi mati.

Polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah pihak berkuasa.

Jurucakap tentera Israel berkata, pagi semalam kekacauan juga berlaku di beberapa lokasi.

“Sekurang-kurangnya 400 hingga 500 polis tambahan dihantar ke kawasan terbabit bagi menghalang tindak balas penduduk setempat,” katanya.

Ketegangan meningkat menjelang malam kelmarin apabila jenazah Abdelrahman dikebumikan.

Dalam kejadian Rabu lalu, Abdelrahman merempuh keretanya ke arah penduduk Yahudi sebelum ditembak polis ketika melarikan diri. 
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:05 AM

PENDUDUK Palestin berdepan dengan tentera rejim Zionis kerana mengecam pembunuhan seorang remaja, Orwa Hammad, 14, di Silwad, utara Ramallah semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4324#sthash.PgJ3GaQW.dpuf

No comments:

Post a Comment