Monday 27 October 2014

Israel teruskan rancangan bina 1,000 unit rumah di Baitulmaqdis


Polis Israel memisahkan sekumpulan rakyat Palestin daripada kumpulan Yahudi (di hadapan) ketika ketegangan di Haram el-Sharif apabila kumpulan Yahudi itu berhenti di situ untuk melakukan ibadat mereka di kota lama Baitulmaqdis itu pada 26 Oktober lalu. - Foto EPA
Seorang pegawai kerajaan berkata, perancangan itu termasuk membina infrastruktur di Tebing Barat yang akan digunakan oleh rakyat Palestin dan Israel.
Rakyat Palestin menuntut timur Baitulmaqdis - kawasan suci paling sensitif bagi Yahudi, Muslim dan Kristian - sebagai ibu negara mereka pada masa depan dan menentang sebarang pembinaan di kawasan berkenaan.
Menteri Kewangan, Israel Yair Lapid, berkata beliau menentang perancangan itu kerana akan mengakibatkan krisis yang serius dalam perhubungan Israel-Amerika Syarikat.
Masyarakat antarabangsa dan Amerika Syarikat tidak merestui tindakan Israel untuk memperluaskan kawasannya di wilayah berkenaan. - AP

No comments:

Post a Comment