Larangan mengimport produk tenusu ke EU dari Israel akan berkuat kuasa Januari tahun depan. |
Berdasarkan keputusan itu, EU tidak lagi mengiktiraf kuasa agensi pemeriksaan sejak 1967 dan tanpa pemeriksaan produk tenusu termasuk dari timur al-Quds (Baitulmaqdis) serta Golan Heights, ia tidak boleh diedarkan di Eropah.
Difahamkan, Kementerian Pertanian Israel telah memaklumkan kepada semua syarikat tenusu tentang pengharaman berkenaan.
"Bermula 1 Januari 2015, tiada lagi aktiviti mengeksport produk tenusu ke Green Line, sama ada secara langsung atau tidak langsung," menurut kementerian itu.
Menurut Press TV, kementerian tersebut juga sedang berusaha mengurangkan larangan kerana mendakwa langkah itu akan menyebabkan negara menanggung kerugian kewangan minimum berikutan eksport tenusu ke EU menyumbang sebahagian kecil kepada keuntungan Israel.
No comments:
Post a Comment