Parlimen Britain akan mengadakan undian untuk mengiktiraf kewujudan Palestin sebagai sebuah negara. |
Langkah itu dibuat hasil keputusan sebulat suara Ahli Parlimen Britain yang percaya kerajaan perlu mengiktiraf wilayah itu yang kini diduduki Israel.
"Kami menyokong sepenuhnya usaha mereka walaupun Britain mengambil pendekatan berkecuali ketika undian mengesahkan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 2012," kata Ahli Parlimen, Grahame Morris.
Minggu lalu, Sweden menjadi negara anggota pertama Kesatuan Eropah (EU) mengakui kewujudan Palestin yang dilihat sebagai asas penyelesaian konflik antara wilayah itu dan Israel.
Memetik laporan BBC, sehingga kini, lebih 100 negara mengkitiraf Palestin selaras dengan usaha masyarakat dunia mempertahankan hak penduduk wilayah itu yang terus menjadi mangsa penindasan rejim Zionis.
No comments:
Post a Comment