RABU, 10 SEPTEMBER 2014 @ 4:56 PM
KAHERAH: Mesir akan menjadi tuan rumah untuk persidangan penyumbang mengenai pembangunan semula Semenanjung Gaza pada 12 Oktober depan, berikutan konflik terbaru antara Israel dan Hamas.
Pengumuman itu dibuat selepas Menteri Luar Norway mengadakan perbincangan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi. Mesir dan Norway akan mempengerusikan sidang antarabangsa itu.
Usaha untuk membangunkan semula Gaza akan menelan belanja AS$7.8 bilion, kata Pihak Berkuasa Palestin berikutan peperangan tujuh bulan dengan Israel.
Kos untuk membina semula 17,000 rumah penduduk Gaza yang dimusnahkan selepas dibom oleh Israel adalah AS$2.5 bilion, kata Pihak Berkuasa Palestin.
Menteri Luar Mesir Sameh Shukri berkata jemputan ke persidangan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Pertempuran antara Israel dan Hamas pada Julai dan Ogos di Gaza mengorbankan lebih 2,100 rakyat Palestin, sebahagian besar orang awam, serta 64 askar Israel dan lima orang awam. - REUTERS
No comments:
Post a Comment