RAMALLAH - PALESTIN. Hamas dan Fatah semalam, bersetuju mengadakan pertemuan tetapi lokasinya bukan di Gaza. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, terdapat persefahaman untuk mengadakan pertemuan itu dalam masa beberapa hari.
Pada temu bual dengan stesen TV tempatan Palestin, Abu-Zuhri berkata, Fatah sebaliknya mahu pertemuan itu dilakukan di Kaherah, Mesir.
Menjawab tuduhan pemimpin Fatah yang juga Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengatakan Hamas memulakan segala peperangan dengan Israel, Abu-Zuhri berkata, gerakannya tiada kaitan dengan keputusan itu.
Beliau menegaskan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang membuat keputusan memulakan perang dan segala yang Hamas lakukan adalah untuk mempertahankan Palestin.
"Kenyataan itu tidak munasabah kerana segala tuduhan itu adalah palsu," katanya.
Menurut laporan Agensi, Mahmoud sebelum ini mengkritik Hamas dan menggesa gerakan itu menerima permintaan Israel untuk meletakkan senjata.
“Kita tidak akan mengekalkan kerjasama dengan Hamas melainkan mereka menerima keputusan perbincangan dengan Isarel terutama isu berkaitan pemilikan wilayah-wilayah Palestin,” katanya dalam satu kenyataan minggu lalu.
Sementara itu, Duta Palestin ke Mesir, Jamal al-Shobaki berkata, sebanyak 22 negara Liga Arab menyokong rayuan Palestin di PBB) untuk mengiktiraf negara itu sebagai negara merdeka.
Menurutnya, mereka juga membincangkan draf resolusi bagi menyokong usaha pemilikan tanah Palestin dan memberi hak Palestin sebagai negara 'bukan ahli pemerhati entiti' kepada 'bukan ahli pemerhati negara' di PBB walaupun mendapat tentangan Israel dan Amerika Syarikat
.

No comments:
Post a Comment