Beberapa kubur milik penduduk Palestin dirobohkan oleh Israel. - Foto  Twitter
Beberapa kubur milik penduduk Palestin dirobohkan oleh Israel. - Foto Twitter
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel merobohkan 20 kubur penduduk Palestin di Tanah Perkuburan Al-Yousefiyeh berhampiran pintu Al-Asbat di Masjid Al-Aqsa.

Media Al-Resalah melaporkan, tindakan itu dilakukan selepas Israel mendakwa kubur tersebut dibina di atas tanah kerajaan.

Ketua Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam di Baitulmaqdis, Mustafa Abu Zahra menentang keras tindakan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai pencerobohan terhadap kesucian umat Islam yang telah meninggal dunia.

"Kubur dirobohkan itu didirikan di atas tanah diwakafkan kepada umat Islam. Mereka tidak perlu meminta kebenaran untuk menggunakannya atau melakukan upacara pengkebumian," katanya dipetik Middle Esat Monitor

Sementara itu, wakil Palestin dan Israel di Kaherah bersetuju menyambung semula rundingan berhubung gencatan senjata kekal pada minggu terakhir bulan depan.