Friday 22 August 2014

Yahudi tingkat serangan di Gaza


SEORANG lelaki menangis selepas melihat mayat tiga budak lelaki yang maut dalam serangan udara tentera Israel di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Tiga komander Hamas dan empat kanak-kanak antara 15 penduduk Gaza yang terbunuh dalam keganasan Israel selepas tentera rejim Zionis meningkatkan serangan udara dalam konflik yang masuk hari ke-45 semalam.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra berkata, tiga komander Briged Ezzedine al-Qassam merupakan antara tujuh orang yang terbunuh selepas sebutir peluru berpandu Israel mengenai sebuah rumah di bandar Rafah sebelum subuh semalam.
Briged Ezzedine al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas memberitahu, tiga komander Hamas yang terbunuh itu dikenali sebagai Mohammed Abu Shamala, Raed al-Atar dan Mohammed Barhum.
Serangan tersebut berlaku hampir 36 jam selepas satu serangan udara tentera Israel membunuh isteri dan bayi seorang lagi komander Hamas, Mohammed Deif di bandar Gaza kelmarin.
Tidak lama selepas serangan itu, seorang lagi terbunuh dalam satu serangan lain di kem pelarian Nusseirat, tengah Gaza.
Kata Ashraf, pada waktu pagi semalam Israel melancarkan dua lagi serangan yang menyasarkan dua kumpulan penduduk di di Bandar Beit Lahiya dan bandar ini dengan menyebabkan tujuh orang termasuk empat kanak-kanak terkorban.
Serangan di Bandar Beit Lahiya itu membunuh seorang lelaki dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, manakala lima penduduk termasuk tiga kanak-kanak mati di sini.
Seorang lagi penduduk di kem pelarian Nusseirat turut meninggal dunia semalam akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan sebelum ini.
Jumlah korban terbaharu itu menjadikan seramai 2,065 penduduk Palestin terbunuh selepas Israel melancarkan serangan ke wilayah berkenaan lebih sebulan lalu dengan alasan mahu menghentikan bedilan roket oleh pejuang Palestin di Gaza.
Bagi pihak Israel, seramai 16 penduduk Israel yang majoritinya askar terkorban dalam konflik tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sejumlah satu pertiga daripada angka korban di Gaza terdiri daripada orang awam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3B4Ste7bg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment