Friday 22 August 2014

Negara Eropah desak resolusi baharu PBB mengenai Gaza

JUMAAT, 22 OGOS 2014 @ 11:30 AM

Puluhan ribu rakyat Palestin berarak ketika jenazah tiga pemimpin kanan Hamas dibawa ke tanah perkuburan di Rafah semalam.
 
RAFAH, Mesir: Britain, Perancis dan Jerman mengambil inisiatif baharu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggesa penamatan keganasan enam minggu di Gaza, selepas pesawat perang Israel membunuh tiga komader kanan Hamas.

Inisiatif Eropah semalam dilakukan ketika pertempuran meletus kembali dan rundingan damai anjuran Mesir menemui kebuntuan.

Ketiga-tiga negara itu menggesa agar diadakan perdamaian segera yang akan menghentikan penembakan roket dan oeprasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.

Ia mahukan sekatan Israel di Gaza ditarik balik dan mencadangkan pengwujudan satu mekanisme pemantauan bagi memberi laporan mengenai perlanggaran gencatan senjata dan memastikan pengaliran masuk barangan ke Semenanjung Gaza.

Lebih 2,083 rakyat Palestin terkorban dalam konflik yang bermula 8 Julai itu, sebahagian besarnya orang awam, kata pegawai PBB. - AFP

No comments:

Post a Comment