Sunday, 24 August 2014

Mesir mahu Palestin-Israel berunding


ASAP tebal naik ke udara selepas serangan udara Israel di Genting Gaza semalam.


KAHERAH - Mesir semalam meminta gencatan senjata jangka panjang dilaksanakan di Genting Gaza sekali gus menggesa Israel dan Palestin supaya kembali mengadakan rundingan tidak langsung.
Gesaan oleh Kementerian Luar Mesir itu dibuat sejurus selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdul-Fattah al-Sissi di ibu kota Mesir di sini.
Setakat ini, rejim Zionis belum mengulas tentang gesaan Mesir itu.
Satu gencatan senjata sementara musnah Selasa lalu yang menyebabkan pertempuran kembali tercetus di Gaza.
Dalam pada itu, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di tengah Gaza semalam menyebabkan lima sekeluarga terbunuh termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak.
Lebih 2,000 penduduk Palestin termasuk hampir 500 kanak-kanak maut sejak perang di Gaza bermula pada 8 Julai lalu.
Menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pegawai Palestin, kira-kira 100,000 penduduk Gaza kini menjadi pelarian akibat serangan rejim Zionis.
Israel pula dilaporkan kehilangan 64 askarnya dan empat orang awam dalam perang kali ini.
Israel sebelum ini menyerang Gaza dengan alasan untuk menamatkan bedilan roket Hamas ke dalam wilayahnya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3BGFmBlZY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment