Tuesday, 4 March 2014

Netanyahu diberi amaran


WASHINGTON 3 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kegagalan perjanjian damai di Asia Barat bakal menyukarkan Washington untuk membela Israel daripada dipulau oleh dunia.
Ketika bercakap kepada Bloomberg View, beliau turut meminta pandangan Netanyahu bagi mencari kepastian tentang kesungguhan Iran untuk menghentikan program nuklearnya.
Sambil menyifatkan pintu perjanjian damai antara Israel dan Palestin ‘sudah tertutup’, Obama menggesa Netanyahu menggunakan ‘kesempatan yang ada’ untuk sama-sama menjayakan rangka kerja perdamaian yang diusahakan Setiausaha Negara AS, John Kerry.
"Jika bukan sekarang, bila? Jika bukan anda Perdana Menteri, siapa lagi yang akan melakukannya," jelas Obama. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140304/lu_10/Netanyahu-diberi-amaran#ixzz2uwD2mGgx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment