Baitulmaqdis: Amerika Syarikat (AS) mendesak Israel menghentikan pembunuhan ke atas saintis nuklear Iran, sebaliknya mahukan rejim Zionis memberi tumpuan kepada perdamaian dengan Palestin.
Agensi perisikan Israel, Mossad dipercayai membunuh sekurang-kurangnya lima pakar nuklear Iran dalam usaha memperlahankan program nuklear Republik Islam berkenaan dan merancang meneruskannya walaupun Iran baru-baru ini bersetuju untuk menghentikan program nuklearnya itu.
Israel melakukan pembunuhan itu, kebanyakannya dengan mengguna bom kereta. Pembunuh saintis itu tidak pernah ditangkap.
CBS News mendedahkan laporan yang mengejutkan itu kelmarin ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berlepas ke Washington.
Menurut laporan, Israel tidak mengakui melakukan pembunuhan itu secara terbuka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04
No comments:
Post a Comment