Tuesday 4 March 2014

Yahudi Ortodoks bantah khidmat tentera


Baitulmaqdis: Kira-kira 300,000 Yahudi Ortodoks mengadakan tunjuk perasan di jalan raya di bandar ini semalam kerana membantah cadangan memaksa mereka menjalani kerahan tenaga untuk diserapkan dalam pasukan tentera atau perkhidmatan awam Israel.

Penunjuk perasaan yang terdiri daripada remaja dan lelaki dewasa memakai kemeja putih, jaket dan topi hitam mewakili tiga aliran utama Lithuanian, Hassidic and Sephardi berkumpul membantah undang-undang yang mungkin akan mengubah status kerakyatan mereka.

Dengan membawa sepanduk dengan slogan berbunyi “Perang terhadap agama” dan “Khidmat ketenteraan tidak akan dikenakan ke atas kami,” penunjuk perasaan itu berhimpun sambil berdoa dan menyanyi lagu bercorak kegamaan melalui pembesar suara sepanjang jalan utama di Baitulmaqdis.

Penduduk di penempatan masyarakat Yahudi Ortodoks di Bnei Brak, Yaakov Biton, 28, berkata, “Kami datang ke sini bagi menunjukkan kami tidak takut dengan undang-undang sekatan jenayah yang dilaksanakan.


“Kami yakin akan menang akhirnya, kitab Taurat akan menang.”


Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, pihaknya menganggarkan lebih 300,000 menyertai tunjuk perasaan itu dan ia berakhir dengan aman.

Turut serta dalam tunjuk perasaan itu ialah wanita masyarakat berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04

No comments:

Post a Comment