Monday 3 March 2014

Bina semula terowong rahsia

Bina semula terowong rahsia
Sekumpulan penduduk Palestin sedang membina semula terowong rahsia yang menghubungkan Gaza dan Mesir.
3 Mac 2014   GENTING GAZA - PALESTIN. Sekumpulan penduduk Palestin dilaporkan berhempas pulas membina semula terowong rahsia yang menghubungkan wilayah Gaza dengan Mesir selepas ia dimusnahkan kerajaan sementara di Kaherah.

Ketua projek tersebut, Ashraf, 29, memberitahu bahawa mereka kini sedang berusaha untuk memperbaiki struktur laluan rahsia terbabit.

"Seramai 12 pekerja bergilir-gilir menjayakan projek pembinaan semula terowong di sempadan Gaza-Mesir tersebut.

"Mereka turut menggali dan membersihkan permukaan berlumpur yang menghalang laluan tersebut. Ia sememangnya berbahaya kerana terowong terbabit berkemungkinan boleh runtuh secara tiba-tiba," jelasnya pada DailyMail.

Menurutnya lagi, mereka juga sedang berusaha meluaskan terowong rahsia itu selain cuba menggali laluan alternatif untuk kemudahan penduduk Gaza pada masa hadapan.

Difahamkan, lebih 1,000 laluan rahsia yang digunakan oleh penduduk Palestin untuk membawa pelbagai bekalan termasuk bahan api dan makanan telah dimusnahkan pihak berkuasa Mesir sejak bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan, Julai lalu.

Tindakan itu dibuat kononnya sebagai langkah untuk menangkis serangan militan yang menyasarkan pihak berkuasa di Semenanjung Sinai.

No comments:

Post a Comment