Thursday, 31 October 2013

Israel bebas 26 tahanan Palestin licinkan rundingan damai


Mahmoud Abbas (dua dari kiri) menyambut sebahagian daripada 26 tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara-penjara Israel di bandar Ramallah, wilayah Tebing Barat, semalam. - REUTERS
BAITULMAQDIS 30 Okt. - Israel, semalam membebaskan 26 tahanan Palestin sebagai sebahagian usaha melicinkan rundingan damai antara kedua-dua pihak.
Pembebasan tahanan tersebut merupakan yang kedua dilakukan selepas empat tahanan dibebaskan, sebelum ini untuk memulakan rundingan damai antara Palestin dan Israel, yang diusahakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry.
Awal tahun ini, Kerry memujuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk mengenepikan isu pembinaan penempatan haram Yahudi dan sebagai tukaran, rejim Zionis Israel itu bersetuju membebaskan tahanan Palestin.
Beribu-ribu penduduk Palestin ditahan di penjara Israel sejak Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis ditawan dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan kebanyakan mereka dipenjarakan atas kesalahan melontar batu, membunuh, mengebom, menyerang dan beberapa kesalahan lain.
Namun, proses rundingan damai itu dijangka terjejas ekoran tindakan Israel meluluskan empat lagi projek pembinaan penempatan haram Yahudi di timur wilayah ini, hari ini, beberapa jam selepas 26 tahanan Palestin terbabit dibebaskan.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Lital Apter berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu meluluskan projek berkenaan termasuk pembinaan 1,500 unit rumah di Ramat Shlomo, sebuah kawasan yang dituntut Palestin.
Tindakan Israel meluluskan projek berkenaan dijangka membangkitkan kemarahan Palestin, namun tidak pasti sama ada ia akan menjejaskan rundingan damai antara kedua-dua belah pihak.
Palestin sebelum ini enggan meneruskan rundingan damai dengan Israel, selagi rejim Zionis Israel tidak menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131031/lu_04/Israel-bebas-26-tahanan-Palestin-licinkan-rundingan-damai#ixzz2jF1qJhT1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Israel tembak mati seorang rakyat Palestin


BAITUMUKADIS 31 Okt. - Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang rakyat Palestin ketika mereka memasuki sebuah perkampungan di bandar Jenin, Tebing Barat malam tadi, kata pegawai keselamatan dan perubatan Palestin semalam.
Ahmad Tazazaa, 22, dibunuh tentera Israel ketika mereka membuat tangkapan di Kabatya, selatan Jenin.
Pegawai Palestin berkata, tentera Israel memasuki perkampungan pada waktu malam untuk membuat tangkapan tetapi dibalas dengan serangan batu oleh para penduduk.
Mereka kemudian melepaskan tembakan menyebabkan Tazazaa cedera di bahagian dada. Empat penduduk turut ditahan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131031/lu_12/Tentera-Israel-tembak-mati-seorang-rakyat-Palestin#ixzz2jQhiibFP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel umum bina rumah haram



BEBERAPA orang bekerja di sebuah lokasi pembinaan kediaman di Ramat Shlomo, timur Baitulmuqaddis semalam.- REUTERS


BAITULMUQADDIS - Pemerintah Israel semalam mengumumkan rancangan untuk membina 1,500 rumah baharu di timur bandar Baitulmuqaddis.
Sebahagian bandar itu turut dituntut oleh pihak Palestin.
Pengumuman itu dibuat sejam selepas regim Zionis membebaskan sekumpulan tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mengadakan rundingan damai.
Pembinaan penempatan tersebut dilihat sebagai satu cubaan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai balasan kerana membebaskan tahanan berkenaan.
Tindakan itu telah mendapat kritikan hebat oleh penduduk Yahudi.
Tahanan-tahanan tersebut dipenjarakan kerana telah melakukan serangan maut ke atas penduduk Israel.
Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negari Israel, Lital Apter berkata,sebanyak 1,500 kediaman akan dibina di Ramat Shlomo yang merupakan satu penempatan yang luas di Baitulmuqaddis.
Katanya, Israel turut merancang untuk membangunkan sebuah tapak arkeologi dan pelancongan dekat Bandar Lama di sini.
Israel menawan Baitulmuqaddis termasuk Tebing Barat dan Genting Gaza menerusi Perang Asia Barat pada tahun 1967.
Penduduk Palestin mahu menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2jEyhxruU 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 30 October 2013

DAULAH ISLAMIAH, Ketika era Empayar Islam Uthmaniah. Darah umat Islam ketika ini sangat mahal, berbeza dengan sekarang bilamana kuffar menguasai dunia, umat Islam dibunuh sewenangnya. Dalam gambar, Tentera Uthmaniah berarak ke Terusan Suez pada tahun 1914.

Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah menganugerahkan pelarian Palestin, Eqbal Asa'd sebagai doktor paling muda di dunia.

Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah menganugerahkan pelarian Palestin, Eqbal Asa'd sebagai doktor paling muda di dunia. Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Haniyeh telah menjemput Asa'd, 20, dan mengucapkan tahniah kepada beliau diatas kecemerlangan beliau. 

Guinness World Records merekodkan pencapaian ini satu rekod dunia bagi pelajar perubatan termuda di dunia dan doktor paling muda di dunia. Eqbal Asa'd, 20, pelarian Palestin yang tinggal di sebuah kem pelarian Palestin di Lubnan, mendaftar di Weil Cornell Medical Collage di Qatar apabila dia hanya berusia 14 tahun. Pada usia 20 tahun, dia mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dengan kepujian.
 

Tuesday, 29 October 2013

Genting Gaza rugi AS$230j


GAZA CITY 28 Okt. - Pergerakan Hamas berkata, tindakan Mesir menutup terowong penyeludupan ke Gaza menyebabkan wilayah Palestin itu mengalami kerugian ekonomi berjumlah AS$230 juta (RM721 juta).
Timbalan Menteri Ekonomi Hamas, Hatem Oweida berkata, penutupan terowong tersebut menyebabkan sektor industri, perdagangan, pengangkutan dan pembinaan di wilayah Palestin yang ditadbir pergerakan itu mengalami kerugian kira-kira AS$230 juta (RKM721 juta) sebulan.
Bahan-bahan keperluan asas sejak bertahun-tahun lalu diseludup dari Mesir ke Gaza melalui terowong berkenaan, bagi memintas sekatan Israel.
Bagaimanapun, tentera Mesir, baru-baru ini mula memusnahkan banyak terowong tersebut selepas Presiden, Mohammed Mursi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin yang merupakan sekutu Hamas digulingkan.
Hatem berkata, Palestin bergantung kepada terowong berkenaan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 peratus keperluan bahan binaan dan bahan mentah.
''Kadar pengangguran di Gaza akan meningkat kepada 43 peratus jika pintu masuk utama di sempadan masih ditutup dan terowong terus dimusnahkan,'' katanya.
Beliau berkata, perolehan awam menyaksikan penurunan selepas penutupan terowong dan sekatan diketatkan pada separuh kedua tahun ini, keadaan yang akan memberi kesan kepada program pekerjaan dan pekerjaaan sementara.
Israel mengenakan sekatan di darat, laut dan udara ke atas wilayah Gaza pada 2006 selepas pejuang pemisah menyerang seorang askar Yahudi.
Sekatan itu diperketatkan pada pertengahan 2007 apabila Hamas merampas pentadbiran ke atas Gaza. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131029/lu_05/Genting-Gaza-rugi-AS230j#ixzz2j5DTICAA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hari ini dalam sejarah | 29 Oktober 1956



Perang Suez

Apabila Jamal Abdul Naser mengumumkan bahawa Terusan Suez akan dimiliki oleh Mesir sepenuhnya, maka Zionis Israel bersama Perancis dan British telah menyerang Mesir, mengebom Kaherah (Cairo) dan menawan Suez beserta Semenanjung Sinai. 

Peristiwa itu berulang lagi pada hari ini. Morsi telah dijatuhkan apabila Mesir ingin membebaskan diri daripada bergantung kepada negara luar, dan mendapatkan hak mereka ke atas Terusan Suez.


[AK]

26 tahanan Palestin bebas

26 tahanan Palestin bebasKumpulan pertama tahanan yang dipenjarakan lebih 20 tahun di Israel dibebaskan Ogos lalu.

TEL AVIV - Seramai 26 tahanan Palestin dibebaskan di bawah perjanjian tajaan Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada penyambungan semula rundingan damai di Timur Tengah, selepas tertangguh lebih tiga tahun.

Pembebasan peringkat kedua itu dibuat selepas Israel bersetuju membebaskan 104 tahanan secara empat peringkat dalam tempoh sembilan bulan.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memaklumkan, rancangan provokasi beliau untuk meluluskan projek penempatan haram baru Yahudi dilihat meningkatkan lagi ketegangan dengan Palestin.

Dalam perkembangan lain, dipetik dari Al-Arabiya, Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan, sekatan haram Israel menyebabkan bekalan ubat semakin berkurangan dan turut mengancam ratusan nyawa pesakit di wilayah itu.

"Kami berhadapan pelbagai masalah termasuk beberapa mesin rawatan gagal berfungsi kerana bekalan kuasa elektrik dicatu," jelas jurucakap kementerian, Mohammad Shatat.

Situasi itu juga memaksa kumpulan hak asasi manusia, Pusat al-Mezan bertindak menggesa rejim Zionis supaya menghentikan sekatan haram di Gaza.

Thursday, 24 October 2013

Masyaal dan Haniyyeh Menyeru Intifada Ketiga

Berita | Masyaal dan Haniyyeh Menyeru Intifada Ketiga 

Ketua biro politik Hamas, Khaled Mashaal berkata Tebing Barat semakin bersedia untuk satu lagi pusingan konfrontasi menentang penjajahan Israeli dan pengisytiharan intifada baru bakal menjelang.

Mashaal membuat ucapannya semasa perayaan untuk Jerusalem dianjurkan di ibu negara Qatar, Doha oleh kumpulan Palestinian; Hawiyya dan Belia Untuk Jerusalem (Youth for Jerusalem).

"Para penindas, musuh dan pesaing yang menindas rakyat kita di Tebing Barat , tetapi hari ini ia semakin rancak dan semakin bersedia untuk pusingan baru. Ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk kalian melihat apa yang kalian inginkan, Insya-Allah” kata Mashaal. Pemimpin Hamas menegaskan bahawa perjuangan yang akan datang menentang penjajahan Israel adalah untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan menggesa rakyat Palestin dan Negara-negara Arab dan Islam tidak melupakan Jerusalem dan masjidnya yang mulia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata "Kes tahanan Palestin akan sentiasa dalam perhatian kita dan tidak akan ditutup sehingga semua tahanan dibebaskan", menyeru orang-orang Islam dari Tangier, Morocco hingga di Jakarta, Indonesia untuk mengambil bahagian dalam Intifada tersebut."

Dalam ucapan pada hari Sabtu menandakan ulang tahun kedua perjanjian pertukaran banduan Wafa al-Ahrar, Haneyya berjanji untuk membebaskan semua tahanan dari penjara Israel, mengatakan bahawa pembebasan mereka adalah keutamaan kerajaannya.

Al-Qassam, sayap ketenteraam Hamas, memperoleh kemenangan besar dengan mencapai perjanjian pertukaran dengan memastikan penawanan Shalit selama lima tahun dan membebaskan lebih daripada satu ribu tahanan, katanya. Perdana Menteri di Gaza itu mengesahkan bahawa beribu-ribu pihak di atas tanah dan di bawah tanah sedang membuat persediaan untuk pertempuran pembebasan Palestin.

Perdana Menteri memberi amaran kepada perancangan Israel untuk membahagikan Masjid al-Aqsa dan ruang sementara dengan membenarkan pembangun (settler) dan askar Israel untuk masuk ke Masjid al -Aqsa sebagai usaha merobohkannya.

Haneyya menyeru untuk memperhebatkan kehadiran rakyat Palestin di Masjid al-Aqsa, memuji gerakan popular dan bersenjata Palestin di Tebing Barat. Beliau mengutuk semua bentuk penyelarasan keselamatan dan penindasan terhadap penunjuk perasaan di Tebing Barat serta memuji usaha terbaru penunjuk perasaan di Tebing Barat ." Tidak akan ada keselamatan atau kestabilan di rantau ini selagi Masjid Al-Aqsa dalam bahaya, tegas beliau.

Sumber: PWR

Admin HR

Israel langgar gencatan senjata

Israel langgar gencatan senjataBeberapa kereta kebal dilihat memasuki timur Genting Gaza.

BANDAR GAZA - PALESTIN. Rejim Zionis didakwa berterusan melanggar perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani bersama Hamas November lalu.

Isnin lalu, aktivis mendakwa beberapa kenderaan tentera, termasuk lima jentolak, dilihat memasuki sempadan dan memusnahkan kawasan pertanian penduduk di timur Genting Gaza.

Jurucakap tentera memberitahu tindakan itu kononnya diambil untuk menghapuskan bahan letupan yang ditemui di kawasan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Presiden Palestin Mahmoud

Abbas turut memberi amaran kepada Israel.

"Jika rundingan damai pada kali ini gagal, Palestin tidak sepatutnya dipersalahkan dalam hal tersebut kerana ia berpunca daripada kedegilan Israel," jelasnya pada laporan PIC.

Akhbar Israel, Maariv melaporkan proses rundingan damai itu hampir tidak berjaya, bulan lalu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata putus berhubung kawalan tentera di sempadan timur Timur Barat dan Jordan.

Difahamkan, rejim Zionis berterusan mempertahan keangkuhan mereka kerana mahu mengekalkan kedudukan tenteranya di Lembah Jordan.

Wednesday, 23 October 2013

Pejuang Palestin mati ditembak askar Israel di Tebing Barat



REUTERS
SEORANG pegawai tentera Israel melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan di sebuah kampung di Bilin dekat Ramallah semalam.


BAITULMUQADDIS - Perkhidmatan perisikan dan tentera Israel menyatakan, mereka membunuh seorang lelaki Palestin di Tebing Barat yang dipercayai bertanggungjawab dalam pengeboman sebuah bas di Tel Aviv pada tahun lalu.
Perkhidmatan perisikan Shin Bet menyatakan, pasukan keselamatan cuba untuk menahan suspek berhampiran perkampungan Palestin, Bilin semalam.
Menurut kenyataan itu, suspek berlindung di dalam sebuah gua dan kemudian melepaskan tembakan ke arah tentera Israel yang menyebabkan tentera rejim membunuhnya.
Shin Bet menyatakan, dua rakan suspek telah ditangkap.
Agensi perisikan itu mengenal pasti suspek sebagai anggota Jihad Islam, Mohamed Aatzi.
Dia didakwa menjadi dalang pengeboman bas di Tel Aviv pada tahun lalu semasa tentera Israel menyerang Genting Gaza.
Letupan itu menyebabkan beberapa penumpang Yahudi cedera.
Beberapa pertempuran berlaku antara tentera Israel dengan penduduk kampung Palestin di Tebing Barat susulan serbuan tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2iW1GhgNz 
Hakcipta terpelihara 

ANJING ISRAEL DILATIH MENERKAM ORANG YANG MELAUNGKAN ALLAHUAKBAR



Jerusalem – Dr. Ahmed Tibi, wakil Arab di parlimen Israel Knesset mengatakan bahawa pasukan Zionis Israel telah melatih “kumpulan anjing” khusus untuk menerkam dan menyerang setiap orang yang berteriak “Allahu Akbar”.

Dalam pertemuan dengan perbincangan dengan Menteri Keamanan Dalam Negeri Israel, semalam, Tibi mengatakan, “Bagaimana Anda melatih anjing-anjing Anda untuk menyerang orang Arab?! Apa sebenarnya yang menakutkan Anda tentang kefahaman agama dan iman “Allahu Akbar”?!

” Tibi meneruskan pertanyaannya dengan mengatakan, “Apa yang Anda latih terhadap anjing-anjing Anda untuk bertindak jika melewati sebuah masjid atau kaum Muslimin yang sedang solat dan melaungkan“Allahu Akbar”?!”

Tibi telah mengejutkan parlimen “Knesset” Zionis dengan perkataannya tentang masalah ini. Dia menerangkan di depan sejumlah anggota parlimen dengan mengatakan,

“Apakah Anda belum mendengar salah seorang pemimpin tentera yang menghadiri sebuah festival, menampilkan anjing-anjing tersebut dan menerkam seorang pelatih yang berteriak “Allahu Akbar”?

Sampai di mana Anda dan sudah sejauh mana Anda mendarat?!” Tibi kemudian melanjutkan, “Anda takut dengan kata “Allahu Akbar” dan berusaha melawannya?!

Saya katakan kepada Anda semua: Allahu Akbar.” Dan dia pun mempertanyakan dengan marah, “Apakah ada anjing yang Anda bawa yang akan menerkam saya?!”

Allahuwalam..

SUMBER : akakdisebalikpintu

Monday, 21 October 2013

Hamas nafi terlibat krisis Syria, Mesir

Hamas nafi terlibat krisis Syria, Mesir
Haniyeh


GENTING GAZA - MESIR. Perdana Menteri, Ismail Haniyeh, kelmarin menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa gerakan Hamas terlibat dalam krisis di Semenanjung Sinai dan Syria.

"Kami tidak pernah campur tangan hal ehwal atau konflik dalaman mana-mana negara. Hamas hanya bertindak menentang musuh utama kami iaitu rejim Zionis," jelasnya.

Beliau turut menggesa media supaya menghentikan tuduhan tidak berasas seperti itu.

Difahamkan, hubungan antara Kaherah dan Hamas semakin merosot sejak bekas Presiden Mohammed Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu.

Tindakan tentera memusnahkan ratusan terowong rahsia di sempadan Gaza juga menjadi punca konflik semakin meningkat antara kerajaan sementara Mesir dengan Hamas.

Sunday, 20 October 2013

Infografik | Adakah ini keamanan?



Sejak 3 hari lepas, dua orang tentera Zionis telah mati disebabkan serangan oleh warga Palestin dekat tanah Palestin yang dijajahi Israel, di Tebing Barat. Kejadian ini telah mendapat liputan media yang luas, baik di dalam Israel atau di antara masyarakat anrarabangsa. Namun malangnya, perkara yang sama tidak berlaku apabila 7 warga Palestin syahid dibunuh tentera Zionis sejak bermulanya "dialog keamanan" Palestin-Israel bulan Julai yang lalu. (Statistik mencatatkan bahawa sejak tahun ini, 11 warga Palestin telah syahid).

Sudah tentu di dalam caca marba politik dan media Israel, Palestin adalah pihak bersalah yang dituduh sebagai tidak serius dalam usaha mengembalikan keamanan di sana. Cuba perhatikan bahawa kedua-dua kes pembunuhan adalah tidak berkaitan sama sekali, seorang tentera telah dibunuh dengan cara yang kononnya tragis oleh seorang warga Palestin yang terdesak menginginkan abangnya dibebaskan dari penjara, dan seorang lagi terbunuh dalam pertempuran yang telah mencederakan ramai warga Palestin di Khalil, yang tercetus selepas pendatang haram Israel sendiri melanggar undang-undang dengan memblok laluan di Bab Al-Zawiyeh untuk memberi lintasan kepada perarakan perayaan oleh sebilangan bangsa Israel extremis di kawasan tersebut.

Jika kita semua "dipaksa" untuk mempercayai bahawa 2 kejadian tersebut adalah dalil bahawa pihak Palestin "tidak serius" dalam usaha mencapai keamanan, mari kita lihat infografik berikut, dan apa yang cuba diperkatakan Israel tentang "keamanan".

Malangnya, segala kebisuan terhadap serangan dan keganasan ke atas bangsa, harta dan tanah Palestin, masih berlaku, bukan sahaja di dalam Israel, tetapi juga di dalam masyarakat antarabangsa.

***

Penjelasan gambar

Sebelah kiri mewakili Palestin, sebelah kanan mewakili Israel.

Dalam masa 3 hari, jumlah kematian, kecederaan, ditahan penjara, tahanan di dalam penjara, serangan terhadap OPT (occupied palestine territory), rumah-rumah yang ranap, pokok zaitun yang dimusnahkan, serangan terhadap nelayan, dan tembakan...

Rakyat Palestin lebih menderita (walau dalam 3 hari) kerana statistik menunjukkan Palestin melebihi kriteria-kriteria kemalangan dan kematian berbanding Israel.

Sebarkan, dan sebarkan. [Ph]

Penterjemah: NAA
sumber: IPSC

Saturday, 19 October 2013

Kanak-kanak Palestin didera

Kanak-kanak Palestin dideraJumlah kanak-kanak ditahan meningkat di Tebing Barat.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Ratusan kanak-kanak Palestin yang dipenjarakan terus menjadi mangsa kekejaman Israel.

Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan, rejim Zionis menendang, menampar dan memukul tanpa belas kasihan.

“Selepas tujuh bulan ditahan, kami terima lebih 20 laporan berkaitan kes dera,” katanya dipetik PIC.

Menurutnya, purata bulanan bagi suku kedua tahun ini menunjukkan 219 kanak-kanak ditahan setiap bulan berbanding 196 kanak-kanak tahun lalu.

Setakat ini, kira-kira 7,000 kanak-kanak berumur antara 12 dan 17 ditahan tanpa disoal siasat atau didakwa dan majoriti daripada mereka adalah lelaki.

Rakyat Israel sokong pendirian Netanyahu dalam isu Iran

Baitulmaqdis: Kebanyakan warga Israel menyokong pendirian Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terhadap isu nuklear Iran selepas republik Islam terbabit bertemu kuasa dunia di Geneva minggu ini.
Pungutan pendapat semalam menunjukkan 58 peratus responden yang menjawab soalan “bagaimana anda melihat prestasi Netanyahu baru-baru ini dalam arena global terutama isu Iran”, berkata, ia baik (41 peratus) atau sangat baik (17 peratus), lapor pungutan pendapat yang disiarkan akhbar Haaretz. 
Netanyahu dan kerajaannya menyuarakan keraguan terhadap rundingan nuklear di Geneva antara Iran dan negara P5+1 iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China dan Russia serta Jerman, memberi amaran kepada sekutu Baratnya yang mereka menghadapi risiko diperdaya untuk mengurangkan sekatan secara pramatang.

Netanyahu berkata, Israel berhak menjalankan serangan ketenteraan bagi menghalang Iran memperoleh senjata nuklear.

Negara P5+1 dan Israel yang juga musuh Iran, bimbang program atom Teheran hanya helah untuk negara itu menghasilkan senjata nuklear, dakwaan yang dinafikan oleh Iran.

Kanak-kanak Palestin didera

Kanak-kanak Palestin didera
 Jumlah kanak-kanak ditahan meningkat di Tebing Barat.
19 Oktober 2013
RAMALLAH - TEBING BARAT. Ratusan kanak-kanak Palestin yang dipenjarakan terus menjadi mangsa kekejaman Israel.

Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan, rejim Zionis menendang, menampar dan memukul tanpa belas kasihan.

“Selepas tujuh bulan ditahan, kami terima lebih 20 laporan berkaitan kes dera,” katanya dipetik PIC.

Menurutnya, purata bulanan bagi suku kedua tahun ini menunjukkan 219 kanak-kanak ditahan setiap bulan berbanding 196 kanak-kanak tahun lalu.

Setakat ini, kira-kira 7,000 kanak-kanak berumur antara 12 dan 17 ditahan tanpa disoal siasat atau didakwa dan majoriti daripada mereka adalah lelaki.

Thursday, 17 October 2013

Hari ini dalam Sejarah | 17 Oktober 1994



Raja Hussein 1 dari Jordan dan juga Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin menandatangani perjanjian damai di antara kedua-dua negara.

Perjanjian ini sekaligus suatu pengiktirafan Jordan terhadap Israel, sebuah negara haram yang dirampas daripada rakyat Palestin.

Mengikut laporan Pusat Kajian Al-Zaytouna Centre Beirut, sehingga Disember 2011, seramai 5.626 juta rakyat Palestin menjadi pelarian di luar negara mereka.

[AK]

Tuesday, 15 October 2013

Hari ini dalam Sejarah | 15 Oktober 1996



Mahkamah Tinggi Zionis meluluskan peruntukan undang-undang membenarkan tahanan Palestin diseksa di dalam tahanan untuk mendapatkan maklumat.

Sehingga 2003, 700 laporan penyeksaan telah dilaporkan.

Antara mangsa penyeksaan itu ialah Arafat Jaradat yang mati setelah diinterogasi oleh Pegawai Penjara Israel pada Februari yang lalu.

[AK]

Penemuan bahan radioaktif bukti Arafat diracun


PEMIMPIN Palestin, Yasser Arafat melambai selepas menemui Presiden Hosni Mubarak di Kaherah , Mesir pada 2004.


PARIS - Sekumpulan pakar radiasi dari Switzerland mengesahkan mereka menemui kesan bahan radioaktif, polonium pada pakaian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat sekali gus menyokong bukti beliau diracun.
Perkara itu didedahkan dalam jurnal perubatan The Lancet pada minggu lalu.
Pasukan berkenaan memberikan butiran saintifik susulan kenyataan media pada tahun lalu yang mendakwa terdapat racun polonium pada barang peribadi milik Yasser.
Yasser meninggal dunia di Perancis pada 11 November 2004 ketika berusia 75 tahun.
Bagaimanapun, doktor gagal mengenal pasti punca kematiannya.
Kubur pemimpin veteran itu digali semula pada November 2012 bagi mengambil sampel daripada tulangnya untuk diuji sama ada terdapat tanda-tanda beliau diracun.
Siasatan berkenaan masih dijalankan secara berasingan oleh pasukan pakar dari Switzerland, Perancis dan Rusia.
Dalam laporan Lancet, lapan saintis yang bertugas di Institut Radiasi Fizik dan Universiti Pusat Perubatan Undang-undang di Lausanne menyatakan, mereka menjalankan ujian radiasi terhadap 75 sampel.
Semua barangan itu diberikan oleh balu Yasser, Suha Arafat.
"Beberapa sampel mengandungi kesan darah dan air kencing yang mempunyai bahan radioaktif polonium 210," kata mereka.
Tambah laporan sama, penemuan tersebut mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Arafat diracun dengan polonium 210. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2hk8vi0xT 
Hakcipta terpelihara 

Monday, 14 October 2013

Israel beku hantar bahan binaan ke Gaza



BAITULMAQDIS 14 Okt. - Israel membekukan penghantaran bahan pembinaan rumah ke Semenanjung Gaza selepas mendakwa menemukan ‘terowong pengganas’ ke wilayah rejim itu dari Palestin, semalam.
Bulan lalu, rejim Zionis meluluskan penghantaran simen dan besi ke Gaza buat kali pertama sejak 2007 selepas Israel mendakwa kerajaan Hamas yang memerintah wilayah Palestin itu akan menggunakan bahan terbabit untuk membina terowong bagi melancarkan serangan militan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel, Guy Inbar berkata, atas faktor keselamatan, pihak tentera bersetuju membekukan proses penghantaran tersebut untuk tempoh yang belum dapat dipastikan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131014/lu_02/Israel-beku-hantar-bahan-binaan-ke-Gaza#ixzz2hhYqNzXD

Sunday, 13 October 2013

Anak-anak Palestin berlari-lari ke sekolah mereka di Kamp (Yarmuk) Palestin di Damsyik.

Anak-anak Palestin berlari-lari ke sekolah mereka di Kamp (Yarmuk) Palestin di Damsyik.

Mereka berlumba-lumba dengan peluru penembak tepat Syiah setiap hari untuk pergi ke sekolah, mereka mungkin menjadi mangsa dan terbunuh seperti kanak-kanak lain di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Ya Allah melindungi saudara-saudara perempuan kami ini.

Israel mahu rampas Ramallah

Mahmoud Abbas
Mahmoud Abbas


RAMALLAH - PALESTIN. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberi amaran tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang berhasrat  memindahkan ibu negara Palestin dari Ramallah ke Baitulmuqaddis.

Rancangan pemindahan itu pada awalnya dilakukan Amerika Syarikat (AS) selepas Parti Demokrat mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, tahun lalu.

Mahmoud berkata, rancangan itu adalah sebahagian daripada pelan perjanjian damai di mana AS bertindak menjadi orang tengah.

“Kami tidak akan berkompromi dengan kandungan perjanjian sempadan 1967 walaupun dalam perjanjian tersebut mencatatkan Ramallah sebagai ibu negara sementara,” katanya pada laporan Press TV..

Beliau menegaskan, rundingan antara Palestin dan Israel yang diaturkan itu dibuat berdasarkan perjanjian sempadan 1967 iaitu terdapat pertukaran tanah yang terhad.

“Banyak tanah penduduk Palestin diambil seperti termaktub dalam perjanjian pada 1967, tetapi bukan sehingga merampas ibu negara kami.

Sekiranya ia terjadi, ini bermakna AS bukan menjadi pendamai antara kami dan Tel Aviv sebaliknya mereka (AS) ingin melihat kehancuran rakyat Palestin,” katanya.

Saturday, 12 October 2013

Begini la perangai Zionis... haha

Menara Masjid Putih di Ramala, Palestin. Dibina pada tahun 720 era Umayyad. Hari ini hanya menaranya sahaja yang kekal.

Artikel | Euromid Observer



Gaza : Di Ambang Kematian (3)

"Pengepungan Gaza selepas Revolusi Mesir ke atas Terowong Mesir Julai 2013"

Terowong kekal sebagai pintu masuk utama bagi pemindahan bahan binaan ke Gaza, sebagai import bahan binaan asas untuk sektor swasta melalui Kerem Shalom, barang-barang rasmi persimpangan dengan Israel, masih sangat terhad. Hari ini, dengan penutupan terowong, sektor pembinaan beroperasi kurang daripada 15% daripada sebelumnya. Penurunan kapasiti membawa kepada lebih daripada 30,000 kerugian dalam peluang pekerjaan. Bahan-bahan mentah dari terowong Mesir menjadi penyumbang paling besar sumber import di Gaza. Perindustrian di Gaza menerima lebih daripada 45% bahan-bahan yang diperlukan melalui terowong yang membawa kepada peningkatan ketara dalam operasi perindustrian.

Kesan daripada tindakan yang diambil oleh Mesir, lebih daripada 60% daripada perniagaan perindustrian ditutup dan berehat daripada beroperasi pada kapasiti separa. Sektor ini telah mengalami penurunan dan menggaji seramai 7500 pekerja dari 27,000 sebelum 30 Jun 2013 (35,000 sebelum tahun 2006).

Ahli ekonomi menjangkakan bahawa penutupan terowong yang berterusan akan membawa kepada penurunan mendadak dalam pertumbuhan (3% menjelang akhir tahun 2013) dan tahap pengangguran (43% pada akhir tahun 2013 berbanding dengan 32% pada bulan Jun 2013).

Industri Persekutuan Palestin menganggarkan secara purata, kira-kira 1,500 tan pembinaan bahan-bahan yang memasuki Gaza melalui terowong setiap hari, berbanding 7,500 tan metrik sebelum pengenaan langkah-langkah baru-baru ini. Harga pembinaan bahan-bahan di pasaran tempatan meningkat dengan mendadak sebelum menurun kepada antara 20 hingga 30 peratus di atas harga biasa pada akhir bulan Julai 2013, dan membawa kepada penurunan yang ketara dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan operasi kilang-kilang campuran konkrit.

Kementerian Ekonomi di Gaza menyatakan pada 28 Ogos 2013 bahawa;

"Akibat daripada krisis politik Mesir, ekonomi di Semenanjung Gaza telah mengalami kerugian teruk bernilai $460 juta dalam semua sektor ekonomi dalam tempoh dua bulan lepas. Sektor industri mengalami kerugian $69 juta, sektor pertanian $68.3 juta, Sektor Perkhidmatan $92 juta, sektor pengangkutan sebanyak $83.4 juta, yang sektor pembinaan $89.1 juta, dan domestik perdagangan $57 juta."

Artikel asal : Slow Death | The collective punishment of Gaza has reached a critical stage

Sumber gambar : http://reut.rs/GBOrtt

Baca juga :

Gaza | Di ambang kematian (1) : http://on.fb.me/181xe5G

Gaza | Di Ambang Kematian (2) : http://on.fb.me/1f47Dyv


[AK]

Friday, 11 October 2013

Pelampau Yahudi lakukan vandalisme

Pelampau Yahudi lakukan vandalismeHarta benda penduduk Palestin sering menjadi mangsa vandalisme.

RAMALLAH - PALESTIN . Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak biadab  merosakkan harta benda milik penduduk Palestin di Tebing Barat, menurut polis, semalam.

Jurucakap pihak berkuasa, Micky Rosenfeld berkata, beberapa suspek itu juga dipercayai merancang untuk membakar tiga kenderaan penduduk kampung Burqa di timur Ramallah.

"Lukisan grafiti memaparkan kebencian terhadap penduduk Palestin turut ditemui di beberapa lokasi dan dinding masjid," katanya.

Difahamkan, insiden itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa menahan 14 remaja Yahudi yang melancarkan serangan di beberapa kawasan berhampiran.

Awal minggu lalu, dua kereta dilaporkan menjadi objek vandalisme pihak tidak bertanggungjawab di Baitulmaqdis Timur.  - Al-Arabiya

Thursday, 10 October 2013

Rugi RM11b akibat sekatan Israel

Rugi RM11 juta akibat sekatan IsraelArea C di Tebing Barat didakwa sesuai untuk kegiatan pertanian.

RAMALLAH - PALESTIN . Ekonomi Palestin mengalami kerugian AS$3.4 bilion (RM11 bilion) setahun akibat sekatan haram Israel di Tebing Barat, menurut laporan Bank Dunia, kelmarin.

Laporan itu juga mendakwa Palestin sebenarnya boleh mengembangkan ekonomi sebanyak satu pertiga dan mengurangkan defisit bajet jika Israel membenarkan mereka menggunakan 61 peratus daripada kawasan di Tebing Barat (Area C).

Difahamkan, lebih separuh daripada kawasan di Tebing Barat kaya dengan sumber dan sesuai untuk kegiatan pertanian, namun penduduk Palestin tidak dibenarkan memasuki zon tersebut.

Sebelum ini, bank dan negara pemberi dana yang menyokong Palestin berterusan menggesa Israel untuk membuka akses kawasan Area C terbabit.

Beberapa pihak berpendapat, jika penduduk Palestin tidak diberi peluang untuk menjalankan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut, ekonomi di Tebing Barat akan terbantut.
Sehingga kini, rejim Zionis masih mengenakan kawalan ketat di laluan keluar dan masuk di Tebing Barat, dipetik dari laporan Arab News.

Wednesday, 9 October 2013

Palestin terima bantuan RM3 juta


9 Oktober 2013

ISLAMABAD - PAKISTAN . Palestin akhirnya bakal mempunyai bangunan kedutaan mereka sendiri, di sini selepas kerajaan Pakistan bermurah hati memberikan bantuan dana berjumlah AS$1 juta (RM3 juta) untuk melaksanakan pembinaan kompleks tersebut.

Kelmarin, media tempatan melaporkan cek itu disampaikan oleh Setiausaha Luar, Jalil Abbas Jilani kepada Duta Palestin, Walid Abu Ali.

Jalil berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada tanda sokongan dan perpaduan dengan penduduk Palestin.

Difahamkan, pemberian bantuan dana tersebut dipersetujui  Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Asif Ali Zardari ketika beliau berkunjung ke Pakistan, Februari lalu.

Tahun lalu, Palestin berjaya menaik taraf status mereka kepada pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggap sebagai langkah awal untuk menjadi anggota tetap organisasi tersebut pada November lalu, dipetik dari laporan Reuters.

Tuesday, 8 October 2013

'Rundingan hanya membuang masa'

'Rundingan hanya membuang masa'Penduduk dunia bersimpati dengan rakyat Palestin.

TEBING BARAT - Ratusan rakyat Palestin mendesak pihak berkuasa menarik diri daripada rundingan damai dengan Israel.

Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan terdiri daripada pelbagai pergerakan politik termasuk Hamas dan Barisan Pembebasan Palestin itu bertindak berhimpun di jalan-jalan utama sekitar Ramallah, semalam.

Seorang penunjuk perasaan berkata, Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas perlu menarik diri daripada rundingan.

“Kami menuntut pihak berkuasa  mengheret rejim Tel Aviv ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kesalahan yang mereka lakukan terhadap  rakyat Palestin,” katanya.

Menurutnya lagi, rundingan itu hanya membuang masa dan menguntungkan Israel dan rakyat Palestin akhirnya terus menderita.

“Rundingan tidak membawa makna apabila Israel baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membina kira-kira 3,000 unit lagi penempatan haram di atas tanah Palestin,” katanya dipetik Press TV

Tindakan itu sekali gus menyaksikan usaha Barat untuk mencari perdamaian di Timur Tengah terutamanya antara Israel dan Palestin melalui laluan sukar.

Sementara itu, tentera Mesir mengesahkan 794 terowong di Rafah telah dimusnahkan hingga menyebabkan puluhan penduduk Gaza maut akibat terperangkap ketika operasi pemusnahan tersebut.

Terowong itu adalah talian hayat buat 1.7 juta penduduk untuk ke ‘dunia luar’ bagi mendapatkan kemudahan asas selepas Israel mengetatkan laluan sah di sempadan Rafah.

Bunga perang Palestin

Bunga perang PalestinSabiha Abu Rahma menyiram pokok yang ditanam dalam bekas gas pemedih mata di Bilin, Ramallah. - Foto AP Tebing Barat: Penduduk di sebuah perkampungan Palestin menanam bunga dalam beratus-ratus bekas gas pemedih mata tentera Israel sebagai memperingati mereka yang maut ketika memprotes tembok pemisah penjajah Yahudi di situ.

Penduduk Bilin, terletak 12 kilometer di barat Ramallah, baru-baru ini menjadi simbol penentangan secara aman terhadap penjajahan Israel khususnya pembinaan rumah pendatang Yahudi.
Masyarakat kampung itu mewujudkan satu kebun di tengah kawasan padang pasir di Tebing Barat dengan menaman bunga dalam bekas gas pemedih mata yang mereka kutip selepas pertempuran berlaku dengan polis Israel.


“Kami boleh tunjukkan makna kehidupan menerusi bekas gas pemedih mata yang boleh membunuh manusia.

“Kami tanam bunga di dalamnya,” kata wartawan Palestin, Khadi Abu Rahma yang menjadi antara pemberi idea mewujudkan kebun itu.

Khadi adalah sepupu Bassem Abu Rahma, seorang pemimpin protes yang terbunuh pada 2009 selepas bekas gas pemedih mata menghentam dadanya.

Tuntut hak
Kebun bekas gas pemedih mata itu adalah antara usaha memperingatinya dan mangsa lain yang menuntut hak ke atas tanah mereka.

Antara yang paling aktif mengutip bekas gas pemedih mata itu ialah Sabiha Abu Rahma, ibu Bassem yang mengumpulkan beratus-ratus bekas itu sejak beberapa tahun lalu.

Lambang kehidupan rumit 

Salah seorang pemimpin masyarakat di Bilin, Muhammad Hativ, berkata kebun unik berkenaan melambangkan kehidupan mereka dalam suasana yang rumit.

Penduduk Bilin menuntut 60 peratus tanah pertanian mereka terputus selepas pembinaan tembok keselamatan Israel.

Pada 2004, Mahkamah Agung Israel membuat keputusan bahawa tembok keselamatan perlu diubah sebahagiannya.

Bantah bina tembok

Sejak 2005, penduduk kampung berkenaan melakukan protes terhadap tembok itu setiap Jumaat yang biasanya berakhir dengan kekerasan oleh askar Israel.
Perjuangan penduduk kampung itu dijadikan filem Five Broken Cameras yang menjadi antara calon Oscar.

Meskipun mendapat bantahan, Israel memberi alasan bahawa tembok itu diperlukan bagi menyekat penyerang dari Palestin melakukan serangan.

AGENSI

Sunday, 6 October 2013

Artikel | Perang Oktober 1973



Hari ini genaplah ulang tahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 43. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan. Perang 6 hari juga menyebabkan Jalur Gaza, Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat di kuasai oleh Israel sepenuhnya. Mengambil peluang dari Hari kebesaran orang Yahudi iaitu Yom Kippur, di mana sebahagian besar tentera Israel sedang bercuti, Mesir telah mengatur serangan mengejut. Keupayaan tentera Mesir untuk menembusi garisan Barlev yang dianggap kebal oleh pertahanan Israel benar-benar menjadi kejutan.

Dalam masa yang sama tentera Syria megambil semula sebahagian dari Tanah tinggi Golan yang dikuasai Israel. Kejayaan tentera Mesir dan Syria tidak kekal lama kerana mereka terpaksa berundur ekoran serangan balas oleh Israel. Bahkan ketumbukan tentera ke tiga Mesir terkepung sepenuhnya dan bakal menghadapi kemusnahan. Israel juga mengalami kemusnahan yang besar dengan hampir 3,000 tenteranya terbunuh dan 9,000 mengalami kecederaan. Buat pertama kalinya dalam sejarah Israel menerima hakikat bahawa ia sedang menghadapi satu peperangan yang sebenar, sedangkan konflik yang berlaku dengan negara-negara Arab sebelumnya hanyalah sebuah pertempuran. Di samping itu hampir 500 kereta kebal dan 200 pesawat udara tentera Israel berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir dan Syria. Mesir dan Syria menerima kemusnahan yang jauh lebih besar, namun kejayaan pada peringkat awal peperangan memberi satu suntikan kepada seluruh dunia Arab dan negara Islam terhadap kemampuan berhadapan dengan regim Zionis di medan peperangan.

Amerika Syarikat telah bersetuju sepenuhnya dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya resolusi 338 dilaksanakan iaitu gencatan senjata antara kedua pihak. Ini adalah suatu yang jarang berlaku kerana Amerika telah terbukti sepanjang konflik timur tengah tidak akan memihak kepada keputusan Majlis Keselamatan atau Persidangan Agung PBB jika ia dilihat merugikan Israel. Bahkan acapkali AS akan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan jika dianggap tidak memenuhi kepentingan strategik Israel. Dalam Perang Oktober 1973, AS mengambil pendirian yang sebaliknya. Ini adalah berdasarkan kepada congakan bahawa Israel mungkin mengalami kekalahan dan terpaksa membuat beberapa konsesi yang menjejas kelangsungan negara zionis tersebut.

Gencatan senjata ini bagaimanapun dicabuli oleh Israel yang terus mara sehingga ke Terusan Suez. Ini memaksa Majlis Keselamatan bersidang sehari selepas Resolusi 338 diluluskan. Resolusi 339 diluluskan untuk menguatkuasakan Resolusi 338. Motif sebenar Amerika terbongkar apabila pada 18 Oktober Presiden Nixon meluluskan peruntukan senjata tambahan kepada Israel disamping bantuan kewangan sebanyak USD 2.2 bilion. Keadaan ini telah menyebabkan Arab Saudi melakukan reaksi balas dengan mengurangkan pengeluaran petroluem sebanyak 5% sebulan kepada AS. Embargo ini kemudiannya di lanjutkan ke atas Netherland dan negara-negara lain mencetuskan krisis tenaga pada tahun 1973 yang menyaksikan ekonomi Amerika terjejas teruk. Ini adalah satu contoh bahawa negara-negara Arab mampu untuk menggunakan kuasa petrodollar untuk mencabar hegemoni politik AS di timur tengah.

Dalam masa yang sama AS telah menggunakan situasi perang Oktober untuk menghapuskan ancaman Mesir ke atas Israel. Oleh kerana objektif Mesir ialah untuk mendapatkan semula Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Israel, AS telah menjadikan ia sebagai umpan supaya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Presiden Sadat telah menyatakan persetujuannya untuk datang ke Baitul Maqdis dan mencari jalan perdamaian. Kehadiran Presiden Sadat ke Baitul Maqdis yang dikuasai Israel adalah satu isyarat pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Perdana Menteri Israel, Menachem Begin telah mengambil peluang ini untuk memalukan Sadat dengan menyebut dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan Sadat ke Baitul Maqdis, ibu negara Israel ’yang abadi’. Ucapan ini adalah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Ia adalah sesuatu yang mencalar maruah dunia Islam seluruhnya.

Hasil dari rundingan diplomatik antara Mesir dan Israel yang di’broker’ oleh AS akhirnya membuahkan Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian ini telah mengeluarkan Mesir dari persamaan (equation) yang menentukan hala tuju konflik di Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan pembebasan Bumi Palestin. Sehingga hari ini Mesir adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak menjejaskan keselamatan Israel. Tindakan Mesir pada hari ini yang menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan menyeberang ke Gaza yang dikepung Israel, bahkan menghalang rakyat Gaza masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan adalah sebahagian dari memenuhi syarat Perjanjian Camp David tersebut.
6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh untuk menyambut hari kebangsaan kedua negara. Mesir turut memilih 6 Oktober sebagai hari angkatan Tentera Mesir. Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun perang Oktober, Presiden Sadat mati ditembak kerana tindakannya berdamai dengan Israel dan mengiktiraf entiti haram tersebut dianggap suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan agamanya.

Sumber : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd 

Pro Mursi gesa berhimpun


6 Oktober 2013
Pro Mursi gesa berhimpun
Pro Mursi gesa berhimpun Penyokong Mursi tidak menghiraukan tembakan amaran di Dataran Tahrir.

KAHERAH - MESIR - Ratusan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi menggesa seluruh rakyat negara itu berhimpun di Dataran Tahrir hari ini.

Perhimpunan itu bertujuan memperingati hari ulang tahun perang Arab-Israel ke-40, sehari selepas empat penyokong pro Mursi maut selepas solat Jumaat, kelmarin.

Jurucakap kumpulan anti-rampasan kuasa berkata, mereka akan berhimpun di dataran yang dikawal ketat tentera  itu bagi memperingati ulang tahun perang yang tercetus pada 1973.

“Kami mengulangi pendirian akan tetap berhimpun  di seluruh negara selagi rampasan kuasa ini tidak ditamatkan. Mursi perlu kembali memerintah. Tentera tidak boleh menang tanpa sokongan rakyat. Kami sedia menamatkan protes sekiranya Mursi dibebaskan,” katanya dipetik  Al Jazeera

Difahamkan, Dataran Tahrir ketika ini dikawal ketat pasukan keselamatan yang lengkap dengan gas pemedih mata.

Sejak kelmarin, tembakan amaran dilepaskan beberapa kali apabila penyokong Mursi mula mara untuk memasuki ke dataran itu.

Perhimpunan itu membawa mesej ‘tiada protes keganasan’ dan ‘Kaherah, ibu negara revolusi’.

Perang Oktober amat bermakna buat rantau Arab apabila Mesir mencapai kemenangan menakluki semula Semenanjung Sinar dari Israel selepas menandatangani perjanjian damai 1979.

Saturday, 5 October 2013

Penduduk Palestin dapat semula tanah


5 Oktober 2013

TEBING BARAT - PALESTIN. Penduduk Palestin, kelmarin berjaya menuntut semula tanah yang dirampas Israel untuk membangunkan projek penempatan haram mereka selepas lebih dua tahun mengemukakan petisyen itu kepada mahkamah.

Jurucakap Majlis Tempatan, Emad Saif berkata, khabar gembira itu diumumkan selepas tentera bersetuju untuk membatalkan penyitaan dan menarik balik larangan untuk memasuki kawasan berkeluasan 202 hektar tersebut, minggu lalu.

Pada 1970-an, rejim Zionis merampas tanah Kampung Burka untuk membina projek penempatan Homesh di Tebing Barat.

Difahamkan, penempatan tersebut dimusnahkan pada 2005 selepas Israel berundur dari Genting Gaza pada 2005, namun penduduk Palestin tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka.

Dalam satu kenyataan, laporan dipetik dari Al-Jazeera, peguam Michael Sfard memberitahu, kemenangan yang berpihak kepada penduduk Palestin itu jelas menunjukkan projek penempatan haram Israel sebenarnya boleh dihentikan jika perkara itu dibawa ke muka pengadilan.

Friday, 4 October 2013

Bekalan ubat di Gaza terjejas


4 Oktober 2013

GENTING GAZA - PALESTIN. Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu, sektor perubatan di Gaza kini dilanda krisis selepas satu pertiga bekalan ubat-ubatan asas semakin berkurangan.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf Al-Qedra berkata, penutupan sempadan Rafah memberi kesan berganda selepas sekatan Israel sejak tujuh tahun lalu.

"Keputusan kerajaan sementara Mesir menutup laluan alternatif tersebut menimbulkan pelbagai masalah kepada kami," katanya.

Difahamkan kepada Middle East Monitor, sebanyak 154 daripada 460 jenis ubat termasuk untuk penyakit serius seperti barah dilaporkan sudah kehabisan sejak Julai lalu.

Thursday, 3 October 2013

Pertama Kali dalam Sejarah Saudi, Penyumbang Hamas Dipenjara 20 Tahun

Pendukung Hamas (foto knrp.or.id)Pengadilan Saudi menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada seorang warganya atas tuduhan telah memberi bantuan dana kepada Gerakan Perlawanan Islam Hamas, Senin (30/9). Persidangan dengan tuduhan seperti ini merupakan yang pertama kali terjadi dalam sejarah Kerajaan Saudi Arabia, lapor situs resmi Komite Nasional untuk Rakyat Palestina, Selasa (1/10).

Selain divonis penjara 20 tahun, terdakwa juga dilarang bepergian ke luar negeri selama 20 tahun pula.

Koran Saudi Arabia Al-Hayah yang terbit pada hari Selasa (1/10) memberitakan bahwa terdakwa juga mendapatkan tuduhan lainnya yakni terlibat dengan kelompok Salafi dalam membunuh salah seorang tokoh Syiah. Tuduhannya sangat kompleks, selain terkait dengan aktivitas terdakwa dalam Jamaah Takfir ia juga dikabar telibat aktif menyokong gerakan Hamas.

Menurut pengadilan Kerajaan Saudi Arabia, terdakwa tersebut memiliki ikatan dengan Front Media Islam Internasional yang memiliki kedekatan dengan organisasi Al-Qaeda dan juga memberikan bantuan materi kepada sebuah kelompok Salafi yang dicurigai memiliki hubungan dengan Hamas. [AM/Knrp/bsb]

Wednesday, 2 October 2013

Keadilan Salahuddin Al-Ayubi, pembebas Masjidil Aqsa

Jurnal | Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

Keadilan Salahuddin Al-Ayubi, pembebas Masjidil Aqsa


Pencerobohan Palestin oleh Tentera Salib benar-benar mencabar Salahuddin al-Ayubi, apatah lagi setelah khabar mengenai kekejaman Tentera Salib terhadap Muslim telah tersebar. Ia membakar semangat jihad Salahuddin untuk membebaskan bumi Palestin daripada tangan Tentera Salib. Pembebasan bumi Palestin daripada kuasa penjajahan menjadi keutamaan kepadanya memandangkan bumi tersebut sebagai salah satu daripada tempat suci bagi umat Islam.

Bahā’ al-Dīn ibn Shaddād, seorang penulis biografi mencatatkan kata-kata Salahuddin bahawa,

“Ketika Tuhan mengizinkan saya untuk menakluki Mesir, saya menyedari bahawa Dia juga menginginkan saya menakluki kawasan pantai Syria, kerana Dia telah meletakkan ilham ini dalam fikiran saya.”

Realitinya, ungkapan tersebut bukanlah suatu perkara yang baru, kerana kebanyakan Muslim berhasrat sama seperti beliau. Namun dalam keadaan ini Salahuddin kelihatan lebih bertanggungjawab berbanding Muslim lain dalam membebaskan Palestin dan kawasan sekitarnya. Matlamat beliau akhirnya dapat direalisasikan setelah beliau berpeluang menjadi pengganti kepada Nūr al-Dīn Zangī yang telah meninggal dunia di Damsyik pada 569H/1174. Penggantian itu berlaku setelah beliau mendapat banyak persetujuan daripada para panglima, pemimpin agama dan juga para pemikir Islam.

Misi Salahuddin dan tenteranya melawan Perang Salib dalam membebaskan Palestin daripada cengkaman pihak musuh telah menghasilkan satu kemenangan yang besar. Sebelum menakluki Palestin, Salahuddin telah berjaya membebaskan pelbagai wilayah sekitarnya. Perang Hittin jelas mencerminkan budi pekerti Salahuddin yang mulia terhadap para panglima Tentera Salib yang berjaya ditangkapnya. Antaranya ialah Raja Guy dari Lusignan. Suatu ketika, Salahuddin meminta Raja Guy dan Raynald dari Chatillon, kedua- duanya di bawa ke khemah menghadapnya dan meminta Raja Guy duduk di sebelahnya. Melihat tetamunya yang kehausan, Salahuddin menghulurkan minuman kepada Raja Guy. Serentak itu, Salahuddin berkata, “Kami tidak memberikan kepadanya air untuk menyelamatkannya.” Walaupun begitu, mengikut tradisi Arab, sikap ramah kepada tetamu dengan memberikan minuman kepada mereka adalah sebagai tanda nyawanya dalam keadaan selamat.
Salahuddin kemudian bergerak ke arah Raynald lalu membunuhnya dengan pedang bagi memenuhi janjinya disebabkan oleh tindakan Raynald yang bertindak menyerang kumpulan kafilah yang tidak bersenjata sewaktu dalam tempoh gencatan senjata. Lebih buruk lagi, penghinaan Raynald terhadap Nabi Muhammad s.a.w. benar-benar menguji kesabaran Salahuddin, menyebabkan dia berjanji tidak akan memaafkan serta akan membunuh Raynald jika berjaya ditangkap. Guy yang menyaksikan kejadian tersebut berasa gementar kerana merasakan saat pembunuhannya bakal tiba selepas Raynald dibunuh Salahuddin, namun ditenangkan oleh Salahuddin dengan berkata, “Bukan suatu kebiasaan bagi raja-raja membunuh raja-raja yang lain, tetapi dia telah melampaui batas.”
Salahuddin akhirnya mengeluarkan perintah kepada para tenteranya supaya melayan para tetamunya dengan baik, malah Raja Guy dihantar pulang ke Damsyik dengan rasa hormat.

Layanan yang berbeza antara Raja Guy dan Raynald secara tidak langsung telah membentuk pola yang berbeza dalam mengurus berdasarkan kepada keadaan. Hanya yang melampaui batas sahaja akan diambil tindakan, sebaliknya musuh yang tidak melampaui batas akan dimaafkan oleh Salahuddin dan layak menerima layanan yang mulia daripada beliau. Ini boleh dikatakan sama dengan tindakan Umar al-Khattab ketika beliau memberikan jaminan kepada non- Muslim di Islamicjerusalem, melalui perjanjian yang dikenali sebagai al-‘Uhdah al-‘Umariyyah.

Dalam misi menakluki Palestin, Salahuddin tidak menyerang Tentera Salib secara membabi buta bagi menjaga hubungan kedua- dua belah pihak, lebih-lebih lagi bagi memelihara kesucian al-Aqsa. Ini juga demi mengelak daripada mana-mana bahagian bangunan rosak. Beliau mengambil inisiatif mencontohi cara Umar al-Khattab ketika beliau berusaha menakluki kawasan tersebut pada zaman awal Islam. Justeru, Salahuddin bertindak menghantar utusan kepada pihak Tentera Salib agar menyerah kalah, namun permintaan Salahuddin ditolak. Setelah dikepung 40 hari oleh tentera Salahuddin, akhirnya kemenangan berpihak kepada Salahuddin.

‘Imād al-Dīn al-Iṣfahānī melaporkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. Sikap pemaaf Salahuddin terhadap masyarakat Kristian telah menyebabkan beliau tidak menghukum bunuh mereka berbanding yang dilakukan oleh Tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini. Bahkan mereka semua dibebaskan dengan syarat membayar wang tebusan diri. 10 dinar untuk lelaki, 5 dinar untuk perempuan, dan 2 dinar untuk kanak-kanak. 7000 daripada orang-orang miskin juga dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar sekaligus. Namun, sekiranya ada antara mereka tidak mampu membayar wang tebusan diri tersebut, secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan.

Pendekatan Salahuddin tersebut secara tidak langsung dapat mengelak pertentangan di Islamicjerusalem tanpa berlakunya pertempuran atau pertumpahan darah yang lebih dahsyat. Ia sekaligus mencerminkan kebaikan Islam itu sendiri di mata pihak musuh. Sesungguhnya diri Salahuddin itu dihiasi dengan akhlak Islam yang indah. Pada pendapat penulis, cara beliau melayan tawanan Kristian itu sendiri cukup menggambarkan perwatakannya sebagai seorang yang pemaaf dan bersikap belas kasihan, sekalipun dengan musuh Islam itu sendiri. Dari sudut teori dan praktikalnya, layanan yang baik terhadap golongan bukan Islam dan bersikap belas kasihan terhadap mereka adalah semata-mata bagi menunjukkan kebaikan dan sikap pemaaf Islam itu, yang mana kebaikan itu mengatasi segala keburukan dan perkara-perkara negatif yang lain. Matlamatnya adalah untuk menyedarkan masyarakat Kristian khasnya serta penganut agama lain umumnya, mengenai Islam sebagai agama yang mengasihi manusia yang lain serta bersifat kemanusiaan.

Maher Y. Abu Munshar dalam bukunya Islamic Jerusalem and Its Christians mengulas bahawa dalam menentukan bentuk layananterhadap masyarakat Kristian, Salahuddin telah membuat pembahagian kepada dua kelompok utama.

Pertama, pihak Tentera Salib yang telah membuat pelbagai kekejaman ke atas masyarakat Arab serta Yahudi. Kedua, penduduk peribumi Kristian di Palestin yang terdiri daripada kaum Arab dan bukan Arab yang mengikut aliran gereja Greek Ortodoks.

Selaku penduduk peribumi Palestin, mereka meminta hak untuk terus mendiami bumi Palestin. Namun, Salahuddin telah mengenakan syarat supaya mereka membayar wang tebusan diri dulu kemudian barulah dibenarkan untuk tinggal di Palestin dengan menerima pemerintahan Islam serta dikehendaki membayar jizyah.

Secara umum, sistem jizyah diwujudkan sebagai pulangan kepada keamanan dan perlindungan yang diberikan kepada golongan bukan Muslim. Sehubungan itu, sistem jizyah bukan satu bebanan kepada bukan Muslim, malah merupakan satu keringanan yang besar berbanding sistem cukai yang dilaksanakan oleh pemerintahan Rom Timur sebelumnya. Walaupun demikian, golongan yang tidak berkemampuan diberi pertimbangan dan mereka boleh dibebaskan tanpa syarat. Justeru, masyarakat bukan Islam, seperti Kristian Ortodoks dan sebagainya, yang mahu tinggal di bawah pemerintahan Islam terus dibiarkan kekal mendiami bumi Palestin. Mereka diberikan ruang pilihan yang bebas untuk mengamalkan ritual keagamaan masing-masing yang selama ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Cerminan akhlak mulia Salahuddin itu dapat dibuktikan lagi dengan layanannya terhadap masyarakat Kristian yang telah menebus diri mereka untuk bebas. Ini berlaku apabila beliau telah membekalkan sejumlah wang serta haiwan tunggangan setelah melihat para tebusan membawa ibu bapa dan tetangga mereka yang sudah berumur. Salahuddin juga memerintahkan tenteranya supaya mengiringi mereka bagi memastikan mereka ini selamat tiba ke destinasi yang diingini. Dalam hal ini, Geoffrey Regan mengatakan bahawa,
Para pekerja Salahuddin yang tidak mampu melihat penderitaan para pelarian itu telah meminta para pekerja yang lain turun dari haiwan tunggangan, lantas menetapkan bahawa rombongan Kristian yang sudah berumur supayamenaiki tunggangan mereka, malah tentera Salahuddin sendiri yang memegang anak-anak Kristian dengan tangan mereka.

Ibn al-Athīr dan al-Iṣfahānī adalah dua daripada ahli sejarah yang merekodkan sikap ramah serta belas kasihan Salahuddin terhadap perempuan yang mulia, dengan membenarkan mereka meninggalkan Palestin tanpa sebarang wang tebusan.

Sebagai contoh, Permaisuri Sybil, seorang permaisuri Byzantine, yang telah menjadi ahli agama dan menubuhkan sebuah tempat peribadatan dan mempunyai ramai pengikut di bawahnya, telah diberikan jaminan keselamatan oleh Salahuddin. Bahkan permintaannya untuk meninggalkan tempat tersebut bersama para pengikutnya telah diterima oleh Salahuddun dengan belas kasihannya tanpa sebarang syarat. Malah, beliau telah membawa Permaisuri Sybil bertemu dengan suaminya yang dipenjarakan di Nablus dan membenarkannya berada di sisi suaminya.

Runciman dalam bukunya A History of the Crusades menyatakan bahawa ramai daripada kaum perempuan Kristian yang menebus diri mereka datang menghadap Salahuddin sebelum mereka keluar meninggalkan kota tersebut dalam keadaan dukacita. Ada di antara mereka berkata,

Wahai Sultan, sebagaimana kamu lihat, kami akan pergi meninggalkan tempat ini sekarang. Kami sebagai para isteri, ibu-ibu, anak-anak perempuan kepada para tahanan. Kami akan meninggalkan tempat ini selama-lamanya dan meninggalkan para tahanan yang menjadi pelindung kepada kami. Jika kamu membunuh mereka, kehidupan kami akan musnah. Jika kamu membebaskan mereka, kamu telah mengurangkan kesakitan dan kesusahan kami kerana kami tidak dapat hidup tanpa adanya penjaga.

Mendengar masalah tersebut, Salahuddin bertindak membebaskan anak remaja kepada ibunya, suami kepada isterinya dan bapa kepada anaknya. Malah mereka diberikan sejumlah wang daripada perbendaharaan sesuai dengan keperluan mereka. Sementara, para tahanan yang masih berbaki pula dijamin oleh beliau bahawa mereka akan dilayan sebaik mungkin dan penuh belas kasihan. Menurut Runciman, layanan Salahuddin kepada masyarakat Kristianbegitu bertentangan dengan perbuatan Tentera Salib semasa penaklukan Perang Salib Pertama.

Selain itu, ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam bukunya Salah al- Din al-Ayyubi (Saladin), turut menyatakan pendapat daripada William B. Stevenson bahawa ramai daripada masyarakat Kristian yang meninggalkan Palestin tanpa membayar terlebih dahulu wang tebusan. Pendapat ini turut disokong oleh Stanley Lane Poole yang turut menyatakan hal yang sama, bahkan menyatakan bahawa Salahuddin membenarkan para pendeta dan masyarakat Kristian yang berharta membawa bersama-sama harta peribadi ketika meninggalkan Palestin. Al-Iṣfahānī menyatakan bahawa Heraclius dan para paderinya dikatakan meninggalkan kota tersebut dengan perhiasan emas dan perak yang penuh sarat, selain daripada satu gerabak perhiasan dan barang-barang berharga daripada Gereja Suci Sepulchre. Sebaliknya, orang Muslim akan membeli barangan yang mereka tidak ingini. Jelas di sini bahawa Salahuddin tidak membenarkan Muslim yang lain melanggar hak asasi manusia dengan cara tidak membenarkan mereka merampas barangan hak milik peribadi bukan Muslim, namun dikehendaki membelinya sekiranya berkeinginan.

Di samping itu, permintaan saudaranya, al-Mālik al-‘Ādil supaya membebaskan 1,000 orang masyarakat Kristian yang terdiri daripada orang-orang yang kurang upaya serta miskin turut dipenuhi oleh Salahuddin. Bahkan, beliau bukan sekadar membebaskan sejumlah 1,000 orang, tetapi sebanyak 10,000 orang kesemuanya, termasuk tahanan yang sudah berusia. Tindakan ini jelas menggambarkan sikap dan layanan baiknya terhadap masyarakat Kristian.
Apabila diamati dari sudut keagamaan, kelihatannya Salahuddin mengamalkan toleransi yang tinggi terhadap masyarakat Kristian. Beliau sesekali tidak menghalang penganut Kristian daripada melaksanakan ritual keagamaan mereka, bahkan tidak mengubah aspek demografi mereka. Atas fakta ini, Karen Amstrongberpendapat bahawa,

“Islam tidak berusaha untuk membina masjid di mana-mana bahagian Kristian di Baitulmuqaddis.”

Dapat dilihat di sini bahawa pemerintah Islam sesekali tidak masuk campur dalam hal keagamaan orang yang bukan beragama Islam. Di bawah pemerintahan Islam jugalah menyaksikan penganut Kristian terus melakukan penziarahan tempat suci mereka di Palestin. John Wilkinson menguatkan lagi pandangan ini apabila beliau mengatakan bahawa ziarah orang-orang Kristian ke Baitulmuqaddis pada waktu tersebut “tidak terganggu.” Bahkan, gereja atau sinagoga iaitu rumah ibadat penganut Yahudi terus kekal terpelihara. Dengan kata lain, tempat peribadatan mereka dijamin tidak akan dicerobohi.

Keadaan ini telah menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang tidak berusaha untuk menghentikan hak penganut bukan Islam.

Semasa berlaku pengepungan ke atas Acre, seorang ibu daripada Tentera Salib mengadu kehilangan anaknya apabila seorang Muslim dikatakan memasuki khemahnya dan menculik anaknya yang berusia 3 bulan. Kemudian, beliau mengambil keputusan berjumpa dengan Salahuddin atas saranan daripada putera raja yang menyatakan bahawa Salahuddin sememangnya memiliki hati budi yang baik. Beliau berkata, “Pergi dan beliau akan membawa anak kamu kembali.”

Mendengar aduan perempuan Kristian tersebut, Salahuddin memerintahkan agar anaknya segera dicari. Akhirnya setelah pencarian dilakukan, didapati anak kecil tersebut telah dijual di pasar. Justeru, Salahuddin memerintahkan supaya sejumlah wang diberikan kepada pembeli terbabit agar anak tersebut dapat diserahkan kembali kepada ibunya. Salahuddin dikatakan tidak berganjak selagi anak tersebut tidak dibawa kepada ibunya. Setelah bayi tersebut diserahkan kembali kepada ibunya, perempuan Kristian itu berdoa, lalu dibawa pulang ke khemahnya dengan menaiki kuda. Berdasarkan kisah ini, dapatlah dikatakan bahawa Salahuddin sememangnya seorang kesateria yangmemiliki hati yang begitu baik dan mengambil berat terhadap segala masalah rakyatnya, sekalipun dia itu seorang yang beragama Kristian.

Hubungan antara Muslim dan Kristian jelas kelihatan setelah berlakunya Perang Salib Ketiga (1189-1892). Kejatuhan Palestin ke tangan umat Islam membuatkan penganut Kristian tidak berpuas hati kerana bagi mereka, Palestin adalah hak milik mereka yang tidak boleh dikongsi sama sekali dengan umat agama lain seperti yang telah dijelaskan di atas. Walaupun Raja Richard memenangi sebahagian daripada wilayah di Palestin, namun beliau gagal mendapatkan kembali kota Baitulmuqaddis. Kemuncak peperangan ini akhirnya berakhir dengan Perjanjian Damai Ramallah yang ditandatangani pada 2 September 1192. Perjanjian tersebut secara tidak langsung menandakan berlakunya komunikasi antara dua pemimpin. Namun demikian, perjanjian tersebut terpaksa ditangguhkan buat seketika kerana Raja Richard telah jatuh sakit secara tiba-tiba.

Secara tersiratnya, terdapat perilaku yang mulia oleh Salahuddin terhadap musuhnya yang beragama Kristian iaitu Raja Richard apabila beliau telah memberikan layanan baik yang semaksimum mungkin kepada Raja Richard setelah mengetahui musuhnya itu jatuh sakit ketika di Jaffa. Raja Richard telah mendapat bantuan perubatan dan sekaligus mendapat makanan yang diidamkannya daripada Salahuddin. Kesinambungan daripada peristiwa terbabit, ternyata budi pekerti Salahuddin telah memberi kesan yang mendalam kepada Raja Richard sehingga beliau berkata kepada salah seorang pengikut Salahuddin,
Tolong sampaikan salamku kepada sultan dan katakan kepadanya,

“Demi Tuhan! hendaklah dia mengabulkan permintaanku untuk berdamai kerana semua ini harus segera berakhir. Negeriku di seberang lautan sudah hancur. Justeru,peperangan ini sesekali tidak akan mendatangkan kebaikan, baik untuk kami, mahupun untuk kalian!”
Berdasarkan kepada pernyataan Raja Richard tersebut dapat difahami bahawa layanan baik Salahuddin terhadap musuhnya telah menguatkan lagi tekad musuhnya untuk berdamai seperti yang telah dinyatakan di atas.
Menariknya, selepas sahaja perjanjian tersebut ditandatangani kedua belah pihak, Salahuddin telah membuat satu pengisytiharan,

Dengar semua! Keamanan telah diatur. Sesiapa dari tempatnya berhasrat untuk mengunjungi tempat kami, maka dia boleh berbuat demikian. Barang siapa dari tempat kami berkeinginan mahu mengunjungi tempat kalian, maka kami boleh melakukannya juga. Laluan rombongan ziarah dari Syria juga telah dibuka sekarang.

Daripada jaminan keamanan tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa penganut Kristian terus diberi kebebasan oleh Salahuddin, iaitu dalam bentuk kebebasan untuk bergerak sebebas kaum Muslim. Salahuddin sendiri telah menghulurkan bantuan dalam bentuk pengawalan untuk mengawal para rombongan ziarah sehingga mereka kembali semula ke Jaffa, bahkan memerintahkan tenteranya supaya menyediakan makanan dan melayani mereka dengan penuh kebaikan.

Di samping itu, masyarakat Kristian yang menetap di Palestin juga mempunyai hak untuk memiliki rumah, kedai dan tanah. Pintu turut terbuka untuk orang Kristian memasuki lapangan pekerjaan tanpa sebarang bentuk diskriminasi. Matlamat daripada tindakan Salahuddin tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah semata-mata bagi menjaga keamanan bumi Palestin kerana ia bukan sahaja hak milik umat Islam, namun dikongsi bersama antara dua lagi kepercayaan yang lain iaitu Kristian dan Yahudi. Seperti yang telah ditegaskan oleh Salahuddin dalam sesi perundingan bersama orang-orang yang terkemuka ketika membincangkan usaha-usaha perdamaian di antara dua pihak,

Palestin [Islamicjerusalem] adalah milik kami, sama juga milik kamu. Bagi kami, ia lebih bermakna berbanding kamu kerana di sana Nabi kami melakukan Israk Mikraj. Janganlah berharap bahawa kami akan menyerahkan tempat ini kepada kamu. Penaklukan ke atasnya suatu ketika dahulu adalah suatu perkara yang tidak terduga, berpunca daripada kelemahan umat Islam ketika itu...”

Perjanjian perdamaian ini juga dapatlah dikatakan sebagai tanda pengiktirafan Raja Richard kepada keseluruhan kepimpinan dan kedaulatan Salahuddin. Justeru seiring dengan perjanjian damai tersebut, Raja Richard telah menyerahkan anak saudara lelakinya untuk dijaga oleh Salahuddin. Beliau juga menaruh kepercayaan yang cukup tinggi terhadap Salahuddin bagi menjaga gereja di Palestin, lantaran keyakinannya yang cukup tinggi bahawa Salahuddin adalah seorang yang berpegang teguh terhadap perjanjian yang telah dimeterai.

Jelas, penganut Kristian di Palestin sememangnya berada dalam keadaan yang selesa semasa di bawah pemerintahan Salahuddin. Pembukaan kembali Palestin oleh Muslim di bawah Salahuddin ini telah memperlihatkan satu dimensi baru yang menyegarkan apabila layanan istimewa dalam segenap aspek tidak hanya terhenti sekadar umat Islam sahaja, malah termasuk kalangan yang bukan Islam. Ia seperti yang pernah dilakukan oleh Umar al-Khattab yang pernah memberi jaminan keselamatan kepada golongan bukan Islam di Islamicjerusalem. Oleh itu, pendapat yang diutarakan oleh Stanley Lane Poole harus disokong kerana ada kewajaran dalam pendapat beliau yang memuji Salahuddin. Pandangan beliau adalah berdasarkan kepada layanan Salahuddin terhadap masyarakat Kristian seperti dibincangkan di atas. Menurutnya,
Rahsia di sebalik kehebatan Salahuddin terpancar pada kecintaan rakyatnya. Sedangkan pihak lain cuba menggapainya dengan menakut-nakutkan, melalui kekerasan dan kedudukan, beliau menyempurnakan hasratnya dengan kebaikan.

Seharusnya, nasihat Salahuddin kepada anaknya mengenai sumber kekuatan yang terdapat pada diri beliau, harus dijadikan pegangan oleh pemerintah Muslim era kini mahupun akan datang. Ini terutama dalam misi menubuhkan sebuah kerajaan dan pemerintahan yang benar-benar berdaulat dan diterima ramai. Kata Salahuddin,
Cuba memenangi hati rakyat, dan meneliti kemakmuran mereka, lantaran itu menjamin kegembiraan mereka... Saya menjadi hebat seumpama ini kerana saya telah berjaya memenangi hati rakyat dengan kelembutan dan kebaikan.”
Oleh yang demikian, sikap yang ditunjukkan oleh Salahuddin terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam, terutamanya masyarakat Kristian, boleh digambarkan sebagai suatu tindakan yang matang. Ia sekaligus menjadi faktor wujudnya keamanan di Palestin pada waktu tersebut seperti yang telah digambarkan di atas.

Kesimpulan:

Salahuddin al-Ayubi telah memberi ruang yang terbuka kepada golongan Kristian dan jaminan keselamatan kepada mereka. Jelas, ia menunjukkan bahawa kewujudan pelbagai latar agama di kalangan rakyat tidak menjadi penghalang kepada pemerintahan Islam untuk membangunkan wilayahnya. Golongan Kristian di Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis telah mendapat layanan yang baik dari seorang pemimpin Muslim yang telah berjaya membebaskan wilayah tersebut buat kali yang kedua. Keadilan yang diberikan itu sungguh berharga dalam hal hubungan antara Muslim dan Kristian. Keadilan harus mewarnai kehidupan seharian, tanpa mengira agama dan bangsa. Justeru, dalam hal ini, Salahuddin sesekali tidak mengamalkan dasar mengecualikan orang lain, namun menangani mereka dengan keadilan. Ini patut menjadi contoh teladan kepada pemimpin, ilmuwan dan masyarakat Islam seluruhnya.


Bibliografi:
Abu Munshar, Maher Y. (2007), Islamic Jerusalem and Its Christians: A History of Tolerance and Tensions, London: IB Tauris.

Ameer ‘Ali, Syed (1934), A Short History of the Saracen, London: Macmillan.

Amstrong, Karen (1996), A History of Jerusalem: One City, Three Faiths, London: HarperCollins Publishers.

Asming Yalawae et al. (2007), “Akhlak Warisan Rasulullah s.a.w Membawa Kemuliaan Umat”, Jurnal Usuluddin, Bil. 26, Disember.

El-Awaisi, Abd al-Fattah (2008), Meneroka Identiti Islamic Jerusalem, (terj.) F. A. Rahman et al., Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Gil, Moshe (1997), A History of Palestine 634-1099, (terj.) Ethel Broido, Cambridge: Cambridge University Press.

Glubb, Faris (1999), “Jerusalem: the Central Point in Saladin’s Life”, Journal of Islamic Jerusalem Studies, Vol. 2.

Ibn al-Athīr, Abū al-Ḥasan ‘Alī al-Shaybānī (1998), al-Kāmil fī al- Tārīkh, Jil. 9, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn al-‘Ibrī, Ghrighuriyus al-Maltī (1992), Tārīkh Mukhtaṣar al-Duwal, Beirut: Dār al-Mashriq.

Ibn al-Jawzī, Abū al-Faraj (1995), al-Muntaẓam fī Tārīkh al-Mulūk wa al-Umam, Jil. 17, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Shaddād, Bahā’ al-Dīn (2000), al-Nawādir al-Sulṭāniyyah wa al- Maḥāsin al-Yūsufiyyah, Kaherah: Dar al-Manar.

__________ (2001), The Rare and Exellent History of Saladin or al- Nawādir al-Sulṭāniyya wa’l-Maḥāsin al-Yūsufiyya, (trans.) Donald S. Richards, Hampshire: Ashgate.

Al-Iṣfahānī, ‘Imād al-Dīn (t.t.), Kitāb al-Fatḥ al-Qussī fī al-Fatḥ al- Qudsī, t.tp.: t.p.

Lane Poole, Stanley (1985), Saladin, London: Darf Publishers.

Mohd Roslan Mohd Nor (2003), “Tebus Baitulmaqdis”, Utusan Malaysia, 30 Mei.

__________ (2006), “Li al-‘Alamin: the Concept and Implementation of Inclusive Vision in IslamicJerusalem”, Palestine Internationalist, Vol. 1, No. 3, March.

__________ (2011), “Protecting Non-Muslim: Its Implementation during Early Muslim Rule of Islamic Jerusalem”, al-Bayan: Jurnal al-Quran and al-Hadith 9, h. 209-222.

Nicole, David (1986), Saladin and the Saracens, Great Britain: Reed International Books Ltd.

Regan, Geoffrey (1987), Saladin and the Fall of Jerusalem, London:
Croom Helm.

Runciman, Steven (1952), A History of the Crusades: the Kingdom of Jerusalem and the Frankish East (1100- 1187), Vol. 2, Cambridge: Cambridge University Press.

Sami bin Abdullah (2009), Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan, Jakarta: Penerbit Almahira. 96

Stubbs, William (2000), al-Ḥarb al-Ṣalibiyyah al-Thālithah (Salah al- Din and Richard), (terj.) Ḥabashī Ḥasan, Kaherah: al-Ḥay’ah al- Miṣriyyah al-‘Āmmah li al-Kitāb, Jil. 1.

Al-Tel, Othman I. (2003), The First Islamic Conquest of Aelia (Islamic Jerusalem): A Critical Analytical Study of the Early Islamic Historical and Narratives and Sources, Dundee: al-Maktoum Institute Academic Press.

Tibawi, Abdul Latif (1980), Jerusalem the Key to World Peace, London: Islamic Council of Europe.

‘Ulwan, Abdullah Nasih (2004), Salah al-Din al-Ayyubi (Saladin): Hero of the Battle of Hittin and Liberator of Jerusalem from the Crusaders (532-589H/1137-1193M), (terj.) Khalifa Ezzad Abu Zeid, Kaherah: Dār al-Salām.

Wilkinson, John (1990), “Jerusalem under Rome and Byzantine 63BC- 637AD”, dalam Jerusalem in History, ed. K. J. Asali, New York: Olive Branch Press.


Suntingan daripada jurnal yang bertajuk SALAHUDDIN AL-AYUBI DALAM MENANGANI MASYARAKAT KRISTIAN DI ISLAMICJERUSALEM DAN PALESTIN tulisan :

1) Mohd Roslan Mohd Nor, PhD, adalah Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. E-mel: m_roslan@um.edu.my.

2) Nor Shakila Mohd Noor adalah calon ijazah tinggi Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Gambar : http://bit.ly/14ZJDqK