
Jurucakap pihak berkuasa, Micky Rosenfeld berkata, beberapa suspek itu juga dipercayai merancang untuk membakar tiga kenderaan penduduk kampung Burqa di timur Ramallah.
"Lukisan grafiti memaparkan kebencian terhadap penduduk Palestin turut ditemui di beberapa lokasi dan dinding masjid," katanya.
Difahamkan, insiden itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa menahan 14 remaja Yahudi yang melancarkan serangan di beberapa kawasan berhampiran.
Awal minggu lalu, dua kereta dilaporkan menjadi objek vandalisme pihak tidak bertanggungjawab di Baitulmaqdis Timur. - Al-Arabiya
No comments:
Post a Comment