Penduduk dunia bersimpati dengan rakyat Palestin.
TEBING BARAT - Ratusan rakyat Palestin mendesak pihak berkuasa menarik diri daripada rundingan damai dengan Israel.
Media tempatan melaporkan, penunjuk perasaan terdiri daripada pelbagai pergerakan politik termasuk Hamas dan Barisan Pembebasan Palestin itu bertindak berhimpun di jalan-jalan utama sekitar Ramallah, semalam.
Seorang penunjuk perasaan berkata, Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas perlu menarik diri daripada rundingan.
“Kami menuntut pihak berkuasa mengheret rejim Tel Aviv ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kesalahan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin,” katanya.
Menurutnya lagi, rundingan itu hanya membuang masa dan menguntungkan Israel dan rakyat Palestin akhirnya terus menderita.
“Rundingan tidak membawa makna apabila Israel baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membina kira-kira 3,000 unit lagi penempatan haram di atas tanah Palestin,” katanya dipetik Press TV
Tindakan itu sekali gus menyaksikan usaha Barat untuk mencari perdamaian di Timur Tengah terutamanya antara Israel dan Palestin melalui laluan sukar.
Sementara itu, tentera Mesir mengesahkan 794 terowong di Rafah telah dimusnahkan hingga menyebabkan puluhan penduduk Gaza maut akibat terperangkap ketika operasi pemusnahan tersebut.
Terowong itu adalah talian hayat buat 1.7 juta penduduk untuk ke ‘dunia luar’ bagi mendapatkan kemudahan asas selepas Israel mengetatkan laluan sah di sempadan Rafah.

No comments:
Post a Comment