Tuesday, 29 March 2016

Kaitan serangan keganasan 
militan IS dengan Palestin


28 Mac 2016 12:33 AM


Antara sedar atau tidak, negara-negara Eropah yang menjadi sasaran pengganas termasuk kumpulan militan IS dalam tempoh kebelakangan ini lantang menyatakan pendirian menyokong Palestin.
Sehubungan itu, terdapat pernyataan yang lebih rasional berhubung punca berlakunya siri serangan berkenaan di Eropah dan semua ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Palestin.
Umum mengetahui bahawa militan IS bukanlah mewakili umat Islam dan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz sendiri pernah mendakwa bahawa kumpulan pengganas tersebut sebenarnya ditunjangi oleh tentera Israel.
Maka, tidak hairanlah sekiranya mana-mana negara yang menyatakan sokongan terhadap Palestin berdepan ancaman dan itulah yang berlaku kepada Perancis dan Belgium.
Dalam hal ini, Perancis dikatakan pernah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, manakala Belgium pula pernah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hak-hak kemanusiaan di negara bergolak itu.
Sementara itu, Turki juga kukuh dengan pendirian mereka untuk kekal menyokong Palestin dan tidak mustahil itu antara alasan mengapa negara tersebut kerap diserang sejak akhir-akhir ini selain terpaksa menangani konflik sempadan bersama Syria.
Persoalan juga timbul mengapakah Eropah dijadikan sasaran ketika ini? Mengapa Perancis, Turki, dan Belgium serta beberapa negara lain terpaksa berdepan ancaman kumpulan pengganas yang sebahagian besarnya didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS?.
Menurut Time.com, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kumpulan pengganas mengalih sasaran ke Eropah yang terkenal dengan kemakmuran dan sejarah silamnya itu.
Antaranya, kedudukan benua Eropah yang strategik disifatkan sebagai alasan terbaik untuk kumpulan pengganas itu mencetuskan huru-hara selain kebanyakan aktiviti merekrut ahli baharu dikatakan bermula dari Eropah, sesuatu yang pastinya di luar jangkaan ramai pihak.
Pada masa yang sama, kegagalan Eropah membendung krisis pelarian ketika ini dilihat memberi ruang dan peluang kepada militan IS untuk mengatur strategi mereka dengan lebih berkesan.
Selain itu, Time.com merumuskan, siri serangan bom itu juga sebahagian daripada usaha untuk menggugat kestabilan serta mengucar-ngacirkan Kesatuan Eropah (EU) yang menyatukan negara-negara di benua tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kaitan-serangan-keganasan-8232-militan-is-dengan-palestin-1.205514#sthash.QBV4Zpe8.dpuf

Saturday, 26 March 2016

UNHRC terima resolusi


Rejim Zionis bertindak memperluaskan projek penempatan haram mereka di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
GENEVA - SWITZERLAND. Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), kelmarin, menerima pakai resolusi yang menggesa penubuhan pangkalan data perniagaan terlibat dalam aktiviti berkaitan projek penempatan haram Israel di wilayah Palestin.
Langkah itu dikatakan telah mencetuskan kemarahan Tel Aviv dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS).
Resolusi dibentangkan Pakistan itu memperoleh 32 undi sokongan manakala 15 berkecuali yang mana kebanyakannya adalah negara Eropah.
Menurut Islamabad, projek penempatan haram Israel di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Bukit Golas secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.
Difahamkan, langkah itu adalah antara 40 resolusi yang diterima pakai agensi PBB pada akhir sesi persidangan empat minggu tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, majlis itu turut menamakan profesor undang-undang Kanada, Stanley Michael Lynk sebagai penyiasat baharu untuk memantau situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin. - Press TV

PBB kutuk pembunuhan kejam penduduk Palestin

Baitulmaqdis: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk pembunuhan kejam seorang penduduk Palestin yang cedera oleh tentera Israel di Tebing Barat yang rakaman video kejadian itu tersebar di internet.
“Saya mengutuk keras pembunuhan penduduk Palestin di Hebron itu, di Tebing Barat yang diduduki tentera Israel.
“Ia kejam dan tidak bermoral serta memburukkan lagi keganasan sedia berlaku,” kata Penyelaras Khas PBB untuk proses damai Asia Barat, Nickolay Mladenov, dalam kenyataan hari ini.
Semalam, tentera Israel menahan askar berkenaan selepas dia menembak mati seorang penduduk Palestin yang cedera di kepala yang tidak bersenjata ketika mangsa terbaring selepas menikam seorang lagi askar.
 
Rakaman video itu tersebar malah turut disiarkan stesen televisyen Israel.
Keganasan di Palestin sudah membunuh lebih 200 penduduk Palestin yang ditembak tentera atau penduduk Israel. Kira-kira 28 penduduk Israel juga mati dalam keganasan sejak tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 6:58 PM


Petikan rakaman kejadian penduduk Palestin yang cedera ditembak askar Israel yang tersebar di internet. - Foto AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/125429#sthash.J4VMeCyV.dpuf

Wujudkan pangkalan data perniagaan di wilayah Palestin

Gambar bertarikh 5 September 2014 merakamkan kerja-kerja pembinaan

Gambar bertarikh 5 September 2014 merakamkan kerja-kerja pembinaan penempatan haram Yahudi berhampiran kawasan perindustrian milik Israel di Barkan, wilayah dijajah rejim Zionis. - AFP
GENEVA 25 Mac – Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Me­ngenai Pelarian (UNHCR) meluluskan resolusi menggesa pewujudan satu pangkalan data perniagaan melibatkan aktiviti di penempatan haram Yahudi di kawasan jajahan Palestin, tindakan yang menimbulkan kemarahan Tel Aviv dan sekutunya, Washington.
Portal Press TV melaporkan, resolusi yang dicadangkan oleh Pakistan itu menerima 32 undi sokong­an, tiada undi menentang dan 15 yang kebanyakkannya negara-­negara Eropah, berkecuali.
Pakistan menyatakan, penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, Baitulmaqdis, dan Bukit Golan melanggar undang-undang antarabangsa.
UNHCR menggesa senarai perniagaan itu dikemaskini setiap tahun selain perlu dinilai di bawah ‘pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia melibatkan penghasilan produk penempatan haram tersebut’.
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-­Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon berkata, pangkalan data itu merupakan satu ‘senarai hitam’ dan menuduh badan dunia itu ‘berat sebelah’ terhadap Tel Aviv.
Pendekatan tersebut merupakan antara 40 resolusi yang diluluskan oleh badan dunia itu selepas bersidang selama empat minggu.
UNHCR menamakan Stanley Michael Lynk sebagai penyiasat baharu berhubung situasi hak asasi manusia di kawasan jajahan Palestin.
Lynk menggantikan Makarim Wibisono yang meletakkan jawatan pada Januari lalu ekoran kegagalan Israel bekerjasama sama dengannya.
Hampir separuh juta penduduk Yahudi tinggal di 230 penempatan haram sejak penjajahan Israel di kawasan milik Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wujudkan-pangkalan-data-perniagaan-di-wilayah-palestin-1.204733#sthash.xP532Khk.dpuf

Video papar askar Israel sengaja tembak mati pemuda Palestin


imej video didedahkan badan bukan kerajaan, BTselem memaparkan seorang tentera Israel (tengah) merapati Abdul Fatah yang terbaring di jalan sebelum menembak mati mangsa di kepala di Hebron, Tebing Barat, kelmarin. AFP
BAITULMAQDIS 25 Mac – Seorang tentera Israel ditahan semalam selepas video yang menunjukkan dia menembak mati seorang remaja Palestin di kepala mangsa, tersebar luas di Internet.
Dalam video tersebut, remaja dikenali sebagai Abdul Fatah al-Sharif bersama seorang lagi pemuda lain yang didakwa cuba menikam tentera Israel di bandar Hebron, Tebing Barat, dibiarkan di atas tanah selepas kedua-duanya ditembak.
Anggota tentera itu dilihat sekali lagi melepaskan tembakan tepat ke kepala Abdul Fatah yang cedera akibat tembakan pertama.
Seorang jurucakap pasukan keselamatan itu menyifatkan insiden tersebut sebagai menyalahi undang-undang tentera sambil menambah siasatan akan dilakukan ketika askar terbabit telah ditahan.
Katanya lagi, siasatan terhadap kes tersebut bermula sebelum vi­deo itu tersebar.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Palestin, Jawad Awwad menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.
Keganasan yang bermula Oktober tahun lalu telah mengorbankan 200 penduduk Palestin dan penduduk Yahudi. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/video-papar-askar-israel-sengaja-tembak-mati-pemuda-palestin-1.204739#sthash.KllquKnf.dpuf

Friday, 25 March 2016

Indonesia batal keperluan visa kepada Palestin


Gambar hiasan.
PEMEGANG pasport Palestin tidak lagi memerlukan visa untuk memasuki Indonesia, kata Kementerian Luar Palestin, kelmarin.
Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu, Kementerian Luar Palestin berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi daripada Kedutaan Indonesia di Amman yang menyatakan pemegang pasport Palestin tidak lagi memerlukan visa untuk memasuki negara itu.
"Berdasarkan kepada arahan Presiden Indonesia, Joko Widodo, pemegang pasport Palestin tidak diwajibkan untuk mempunyai visa masuk," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyatakan bahawa keputusan itu berkuat kuasa pada 10 Mac.
Kementerian itu berkata, keputusan datang sebagai hasil daripada hubungan yang kuat antara Palestin dan Indonesia.

Dua lagi penduduk Palestin jadi korban Israel

Tentera Israel mengusung satu daripada jenazah penduduk Palestin

Tentera Israel mengusung satu daripada jenazah penduduk Palestin yang mati ditembak di penempatan haram Yahudi di Tal Rumaida, Hebron, Tebing Barat, semalam. REUTERS
BAITULMAQDIS 24 Mac – Dua penduduk Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Hebron, Tebing Barat kerana didakwa menikam seorang askar rejim Zionis itu, hari ini.
Menurut jurucakap tentera Israel, insiden tikaman itu berlaku di jalan masuk yang dikawal ketat di penempatan haram Yahudi di Tal Rumaida, Hebron.
Pegawai perubatan berkata, anggota tentera terlibat kini berada berada dalam keadaan stabil.
Insiden itu merupakan yang terbaharu dalam gelombang kebangkitan penduduk Palestin, yang menyaksikan 200 penduduk Palestin terbunuh, penduduk Israel (28), Amerika Syarikat (2) dan masing-masing seorang rakyat Eritrea dan Sudan mati sejak 1 Oktober lalu.
Kebanyakan penduduk Palestin dibunuh semasa mereka di­dakwa membawa pisau, pistol dan memandu kereta, manakala yang lain ditembak mati semasa pertempuran dan tunjuk perasaan termasuk dalam serangan udara tentera rejim itu terhadap Gaza.
Tentera Israel meningkatkan kawalan di bandar berkenaan menjelang cuti perayaan Purim yang diraikan oleh penduduk Yahudi.
Menjelang perayaan itu, Israel turut menutup Tebing Barat sehingga Sabtu ini, sekali gus men­yukarkan penduduk Palestin untuk pergi bekerja. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-lagi-penduduk-palestin-jadi-korban-israel-1.204160#sthash.e6NFutsz.dpuf

Wednesday, 23 March 2016

Baitulmaqdis akan jadi ibu negara Israel – Donald Trump

Donald Trump

Donald Trump
WASHINGTON 22 Mac – Pendahulu pemilihan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Parti Republikan, Donald Trump menyatakan, beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara AS ke sana.
Jutawan selebriti itu berkata demikian sebelum beliau berucap di hadapan kumpulan pelobi pro-Israel, AIPAC, di sini, semalam meskipun Trump sebelum ini menyatakan akan le­bih neutral dalam konflik Israel-Palestin.
“Tidak ada individu yang lebih pro-Israel berbanding saya. Kita perlu melindungi Israel, Israel sangat penting buat kami,’’ katanya.
Israel menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, namun kebanyakan negara termasuk AS enggan memin­dahkan kedutaan mereka di wilayah itu ketika status dan kawasan sempadannya masih dipertikaikan.
Palestin juga melihat bandar itu sebagai ibu negara dan sebarang perjanjian damai yang bakal dicapai perlu mengiktiraf perkara berkenaan.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke sana, Trump berkata; ‘Ya, saya akan lakukannya.’’
“Hakikatnya saya mahu kedutaan itu dipindahkan, saya mahu melihatnya di Baitulmaqdis,’’ katanya.
Palestin menganggap ban­dar yang turut dianggap suci kepada penganut Islam, Kristian, dan Yahudi sebagai ibu negara mereka dan sebarang perjanjian damai antara kumpulan berkenaan perlu memasukkan satu perjanjian tentang kedaulatan Baitulmaqdis.
Semasa perang 1967, tentera ­Israel menawan kawasan Baitulmaqdis Timur dan memaksa pe­ngunduran tentera Jordan serta menguasai beberapa kawasan dihuni penduduk Arab. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/baitulmaqdis-akan-jadi-ibu-negara-israel-8211-donald-trump-1.203587#sthash.N91vG5Sb.dpuf

Tuesday, 22 March 2016

Jordan mahu pasang kamera sekitar al-Aqsa


Jordan mahu pasang kamera Perakam data pesawat sekitar al-Aqsa

Pihak berkuasa rejim Zionis didakwa sering mengasari penduduk Palestin yang mahu memasuki al-Aqsa.
AMMAN - JORDAN. Kerajaan Jordan, kelmarin memaklumkan ia akan memasang kamera keselamatan di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dalam masa beberapa hari lagi untuk memantau 'perlanggaran' rejim Zionis selepas ketegangan meningkat di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.
Menteri Hal Ehwal Islam, Hayel Daoud berkata, sebuah pusat kawalan akan turut ditubuhkan untuk melakukan pemantauan rakaman video selama 24 jam.
"Ia akan disiarkan secara dalam talian untuk mendokumentasikan segala perlanggaran dan pencerobohan dilakukan Israel di sekitar kawasan masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam," katanya.
Sebelum ini, pentadbir kawasan Haram al-Sharif, Waqf di Amman yang turut menempatkan Masjid Kubah Batu pernah mendakwa pihak berkuasa rejim Zionis bertindak menghalang usaha mereka untuk memasang kamera di sekitar al-Aqsa.
Oktober lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry meluluskan rancangan pemasangan kamera di kawasan sekitar al-Aqsa yang menjadi pertikaian di wilayah itu selepas berunding dengan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - AFP

Lembah Beqaa lokasi pelarian Palestin

Kesan perang meletus di Syria sejak 2012

Lembah Beqaa atau Wadi-I-Biqa yang terletak kira-kira 30 kilometer

Lembah Beqaa atau Wadi-I-Biqa yang terletak kira-kira 30 kilometer dari ibu negara Lebanon, Beirut dan 30 kilometer dari kem pelarian Yarmouk di Syria menjadi tumpuan utama mangsa peperangan.
BEQAA 21 Mac - Perang yang meletus di Syria sejak 2012 bukan sahaja menyebabkan penderitaan kepada rakyat negara itu tetapi turut meng­akibatkan rakyat Palestin yang berlin­dung di Syria menerima tempiasnya.
Kira-kira 2 juta pelarian dari Syria termasuk rakyat Palestin yang mencari perlindungan di negara itu akibat kezaliman rejim zionis Israel terpaksa menyeberangi sempadan untuk berlindung di Lebanon.
Lembah Beqaa atau Wadi-I-Biqa yang terletak kira-kira 30 kilo­meter dari ibu negara Lebanon, Beirut dan 30 kilometer dari kem pelarian Yarmouk di Syria mejadi tumpuan utama mangsa peperangan.
Lembah yang cantik dengan pemandangan memukau jajaran Bukit Faour serta subur dengan pertanian dan beriklim sejuk itu bagaimana pun tidak menjanjikan kehidupan yang lebih selesa kepada pelarian terutama dari Palestin.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut, walaupun pelarian Palestin diberi kebenaran untuk tinggal di wilayah Lebanon namun mereka sama sekali tidak dibenarkan bekerja.
“Di Beqaa sahaja terdapat 50 kawasan perkhemahan untuk pelarian Syria yang menempatkan 500,000 pelarian Syria di sini.
“Keadaan rakyat Palestin lagi te­ruk. Mereka tidak dibenarkan membuat sebarang pekerjaan di sini termasuk tidak dibenarkan berniaga dan bertani. Jadi mereka terpaksa bergantung sepenuhnya bantuan yang dihulurkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Lebih malang lagi, menurut Awang Suffian, pelarian terpaksa menyewa rumah-rumah yang dibina oleh rakyat Lebanon dengan harga antara AS$100 hingga AS$300 sebulan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyampaikan bantuan kemanusiaan Misi Syria Kelapan Aman Palestin kepada 40 keluarga Palestin yang tinggal di sekitar Bukit Faour dan Bir Illyas di Beqaa.
Setiap keluarga menerima bantuan makanan bernilai AS$100 berbentuk minyak masak, ubi kentang, te­lur, sayur-sayuran dan lain-lain lagi.
Bekalan makanan yang disampaikan itu dijangka mampu bertahan selama sebulan.
Misi Syria Kelapan Aman Palestin yang akan berlangsung sehingga 28 Mac, dijadual masuk ke Syria Selasa ini bagi mengagihkan bantuan kemanusiaan ke kem-kem pelarian yang menjadi tempat perlindungan rakyat Palestin. – UTUSAN
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lembah-beqaa-lokasi-pelarian-palestin-1.203269#sthash.Yx2N9cc5.dpuf

Sunday, 20 March 2016

Letupan Istanbul: 3 rakyat Israel antara 4 maut

AHAD, 20 MAC 2016 @ 1:12 AM
ISTANBUL: Tiga rakyat Israel dan seorang warga Iran terbunuh dalam serangan bom berani mati di sebuah daerah yang sibuk dengan kegiatan membeli-belah, di tengah Istanbul, hari ini.
ANGGOTA polis forensik membuat pemeriksaan di lokasi pengeboman di Istanbul. - Foto Reuters
Media tempatan Turki melaporkan, mangsa dikenali sebagai Simha Siman Demri, 60, Yonathan Suher, 40, Avraham Goldman, 70, (rakyat Israel) manakala rakyat Iran ialah Ali Riza Khalman.
Timbalan Menteri Kesihatan Turki, Ahmet Baha Otuken sebelum itu mengesahkan bahawa Simha Demri adalah antara empat mangsa yang maut dalam letupan itu dengan 36 yang lain cedera. - AFP

Saturday, 19 March 2016

EU kecam penempatan haram Israel


EU kecam penempatan haram Israel

Bangunan kediaman penempatan haram Yahudi sedang dibina di Har Homa di Baitulmaqdis. - Foto AF
BRUSSELS - BELGIUM.Kesatuan Eropah (EU) mengecam rancangan rejim Zionis untuk merampas tanah Palestin di Tebing Barat dan menyifatkan keputusan itu sebagai risiko yang mengancam peluang menamatkan konflik antara dua negara.
Keputusan Israel untuk merampas 243 hektar tanah berhampiran timur bandar Ariha adalah langkah selanjutnya dalam melemahkan lagi daya maju Palestin.
"Sebarang keputusan untuk meluaskan penempatan yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan menjadi penghalang kepada proses perdamaian, hanya akan mendorong pihak terlibat konflik lebih jauh antara satu sama lain," menurut EU dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, EU akan tetap bertegas menentang dasar penempatan haram dan tindakan yang diambil dalam konteks itu adalah termasuk perobohan dan rampasan, pengusiran, pemindahan paksa atau sekatan ke atas pergerakan serta akses Israel. - Press TV

Friday, 18 March 2016

16 jemaah umrah Palestin maut

Maan (Jordan): Enam belas jemaah umrah Palestin terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbalik di kawasan pedalaman di selatan Jordan, kelmarin.
SEORANG lelaki Palestin yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke hospital di Amman, Jordan.
Antara yang mati ialah sembilan orang yang terperosok di bawah kenderaan itu.
Bas berkenaan dilapor terbabas dari jalan raya dalam kejadian lewat malam kelmarin, berhampiran sempadan Jordan dan Arab Saudi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Jordan, Farid Sharea.
Azzah Ibrahim, antara yang cedera berkata: “Bas itu terbalik. Ada dalam kalangan kami terperosok di bawahnya dan ada di dalam bas, terperangkap di antara tempat duduk.”
Dia kini dirawat di sebuah hospital di Maan, bandar di selatan Jordan, kira-kira 70 kilometer dari tempat kejadian.
Semua penumpang berasal dari Tebing Barat dan dalam perjalanan ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah.
Pengurus hospital di Maan, Dr Walid Ruwad berkata, antara yang terbunuh ialah dua kanak-kanak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 9:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123572#sthash.SQqi76I3.dpuf

Thursday, 17 March 2016

Bas Terbalik: 14 Jemaah Umrah Terbunuh


Diterbitkan: Khamis, 17 Mac 2016 12:31 PM

AMMAN: Seramai 14 jemaah umrah warga Palestin terbunuh manakala 36 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbalik di selatan Jordan, berdekatan sempadan Arab Saudi pada Rabu.
Pegawai pertahanan awam Jordan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu bas tersebut gagal mengawal kenderaan berkenaan.
Jelasnya, jumlah kematian bakal meningkat kerana terdapat penumpang yang mengalami kecederaan parah.
Kumpulan tersebut adalah jemaah umrah dari Palestin yang dalam perjalanan ke Arab Saudi.

Guru Palestin terbaik dunia dirai


AFP - Hanan menerima trofi anugerah guru terbaik dunia dari Sheikh Mohammed Rashid di Dubai pada Ahad lalu.


RAMALLAH, Tebing Barat – Sekolah-sekolah di seluruh wilayah Palestin mengadakan sambutan kelmarin selepas seorang wanita dari Tebing Barat dinamakan sebagai guru terbaik dunia.
Hanan Hroub dari kem pelarian Dheisheh di Baitulaham menerima anugerah itu, Global Teacher Prize 2016 dalam satu majlis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Ahad lepas.
Hanan yang mengajar murid-murid darjah dua terpilih daripada 10 finalis. Anugerah yang menawarkan hadiah AS$1 juta (RM4.14 juta) itu dianjurkan Yayasan Varkey di London. Yayasan itu dinaungi pemerintah UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum.
Pelajar dan guru sekolah-sekolah di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur kelmarin meraikan Hanan dengan bercakap tentang kaedah pengajarannya yang menggunakan pendekatan tanpa kekerasan, kepercayaan, hormat dan ganjaran.
“Kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain,” kata Ketua Gereja Katholik, Pope Francis yang mengumumkan pemenang anugerah itu dalam satu siaran video dari Vatican.
“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Hanan Hroub,” ujarnya.
Pengumuman itu disambut sorakan beratus-ratus penduduk Palestin yang berhimpun di Ramallah.
“Anak-anak kami mahu hidup aman dan bebas sama seperti kanak-kanak lain di seluruh dunia,” kata Hanan, 43 dalam ucapan kemenangannya. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz439YpJa52 
Hakcipta terpelihara 

14 jemaah umrah Palestin maut nahas bas di Jordan

KHAMIS, 17 MAC 2016 @ 10:27 AM

 LOKASI kejadian kemalangan bas maut di selatan Jordan yang membunuh 14 rakyat Palestin. - Foto ihsan MEDIA ARAB

AMMAN: Sekurang-kurangnya 14 jemaah umrah Palestin terbunuh dan 36 yang lain cedera apabila bas mereka terbalik di selatan Jordan berhampiran sempadan Arab Saudi semalam, kata perkhidmatan kecemasan.

 Pegawai pertahanan awam Jordan berkata, pemandu bas hilang kawalan kira-kira 320 kilometer di selatan Amman dan khuatir jumlah korban mungkin meningkat akibat keadaan sebahagiannya yang cedera teruk. Difahamkan kumpulan itu menuju ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah, ibadat yang menarik jutaan umat Islam di seluruh dunia selain haji. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134468