Tentera Israel mengusung satu daripada jenazah penduduk Palestin yang mati ditembak di penempatan haram Yahudi di Tal Rumaida, Hebron, Tebing Barat, semalam. REUTERS
BAITULMAQDIS 24 Mac – Dua penduduk Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Hebron, Tebing Barat kerana didakwa menikam seorang askar rejim Zionis itu, hari ini.
Menurut jurucakap tentera Israel, insiden tikaman itu berlaku di jalan masuk yang dikawal ketat di penempatan haram Yahudi di Tal Rumaida, Hebron.
Pegawai perubatan berkata, anggota tentera terlibat kini berada berada dalam keadaan stabil.
Insiden itu merupakan yang terbaharu dalam gelombang kebangkitan penduduk Palestin, yang menyaksikan 200 penduduk Palestin terbunuh, penduduk Israel (28), Amerika Syarikat (2) dan masing-masing seorang rakyat Eritrea dan Sudan mati sejak 1 Oktober lalu.
Kebanyakan penduduk Palestin dibunuh semasa mereka didakwa membawa pisau, pistol dan memandu kereta, manakala yang lain ditembak mati semasa pertempuran dan tunjuk perasaan termasuk dalam serangan udara tentera rejim itu terhadap Gaza.
Tentera Israel meningkatkan kawalan di bandar berkenaan menjelang cuti perayaan Purim yang diraikan oleh penduduk Yahudi.
Menjelang perayaan itu, Israel turut menutup Tebing Barat sehingga Sabtu ini, sekali gus menyukarkan penduduk Palestin untuk pergi bekerja. – AFP
No comments:
Post a Comment