Tuesday 29 March 2016

Kaitan serangan keganasan 
militan IS dengan Palestin


28 Mac 2016 12:33 AM


Antara sedar atau tidak, negara-negara Eropah yang menjadi sasaran pengganas termasuk kumpulan militan IS dalam tempoh kebelakangan ini lantang menyatakan pendirian menyokong Palestin.
Sehubungan itu, terdapat pernyataan yang lebih rasional berhubung punca berlakunya siri serangan berkenaan di Eropah dan semua ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Palestin.
Umum mengetahui bahawa militan IS bukanlah mewakili umat Islam dan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz sendiri pernah mendakwa bahawa kumpulan pengganas tersebut sebenarnya ditunjangi oleh tentera Israel.
Maka, tidak hairanlah sekiranya mana-mana negara yang menyatakan sokongan terhadap Palestin berdepan ancaman dan itulah yang berlaku kepada Perancis dan Belgium.
Dalam hal ini, Perancis dikatakan pernah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, manakala Belgium pula pernah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hak-hak kemanusiaan di negara bergolak itu.
Sementara itu, Turki juga kukuh dengan pendirian mereka untuk kekal menyokong Palestin dan tidak mustahil itu antara alasan mengapa negara tersebut kerap diserang sejak akhir-akhir ini selain terpaksa menangani konflik sempadan bersama Syria.
Persoalan juga timbul mengapakah Eropah dijadikan sasaran ketika ini? Mengapa Perancis, Turki, dan Belgium serta beberapa negara lain terpaksa berdepan ancaman kumpulan pengganas yang sebahagian besarnya didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS?.
Menurut Time.com, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kumpulan pengganas mengalih sasaran ke Eropah yang terkenal dengan kemakmuran dan sejarah silamnya itu.
Antaranya, kedudukan benua Eropah yang strategik disifatkan sebagai alasan terbaik untuk kumpulan pengganas itu mencetuskan huru-hara selain kebanyakan aktiviti merekrut ahli baharu dikatakan bermula dari Eropah, sesuatu yang pastinya di luar jangkaan ramai pihak.
Pada masa yang sama, kegagalan Eropah membendung krisis pelarian ketika ini dilihat memberi ruang dan peluang kepada militan IS untuk mengatur strategi mereka dengan lebih berkesan.
Selain itu, Time.com merumuskan, siri serangan bom itu juga sebahagian daripada usaha untuk menggugat kestabilan serta mengucar-ngacirkan Kesatuan Eropah (EU) yang menyatukan negara-negara di benua tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kaitan-serangan-keganasan-8232-militan-is-dengan-palestin-1.205514#sthash.QBV4Zpe8.dpuf

No comments:

Post a Comment