Baitulmaqdis: Polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin di bandar ini semalam selepas mangsa yang bersenjatakan pisau cuba menikam seorang anggota keselamatan Yahudi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102713#sthash.oW5TIZty.dpuf
Jurucakap polis, Luba Samri berkata, beberapa anggota polis menghampiri lelaki Palestin berkenaan selepas dilihat mencurigakan.
“Bagaimanapun, lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan pisau dan cuba menikam seorang anggota kami.
“Anggota kami terpaksa melepaskan tembakan yang menyebabkan lelaki itu maut,” katanya.
Sementara itu, polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba merempuh anggota keselamatan dengan kereta yang dipandunya di Tebing Barat kelmarin.
Polis Israel berkata, kereta dipandu lelaki itu dipandu laju menuju ke arah beberapa polis Yahudi yang kemudian berlindung dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan berkenaan.
Seorang saksi, Suhail Hamed, 39, berkata, polis Israel melepaskan tembakan ketika kereta itu berada kira-kira 150 meter dari mereka.
“Saya mendengar kira-kira 30 das tembakan dilepaskan ke arah kereta itu,” katanya.
Dua kejadian terbaru itu menjadikan sekurang-
kurangnya 126 penduduk Palestin maut dibunuh pihak berkuasa Israel atau penduduk Yahudi dalam tempoh 12 minggu.
kurangnya 126 penduduk Palestin maut dibunuh pihak berkuasa Israel atau penduduk Yahudi dalam tempoh 12 minggu.
Penentangan penduduk Palestin terutama sekali golongan muda meningkat sejak Oktober lalu yang berpunca daripada tindakan Israel cuba menguasai Masjid al-Aqsa.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:04 AM
No comments:
Post a Comment