Tuesday, 29 December 2015

Tembak mati lelaki berenang bogel

Kaherah: Tentera Mesir dituduh menembak mati seorang lelaki Palestin dengan masalah mental di dalam lautan berhampiran lintasan sempadan Gaza.
Rakaman video disiarkan Al Jazeera menunjukkan lelaki itu berenang bogel di Laut Mediterranean sebelum askar yang tidak dapat dilihat melepaskan tembakan terhadapnya dari sempadan Mesir.
Seorang awam di situ berusaha memberi isyarat supaya mereka berhenti menembak, tetapi mayat lelaki itu kemudian dilihat terdampar di pantai.
Mangsa dikenal pasti sebagai Ishaq Khalil Hassan, 26. Keluarganya berkata, dia mendapat rawatan untuk sakit mental dihidapi sejak beberapa tahun lalu.
Ishaq datang dari Gaza selatan di mana lintasan sempadan Rafah dengan Mesir ditutup.
Kementerian luar Palestin di Gaza menuduh tentera Mesir membunuh lelaki itu dalam kejadian yang berlaku minggu lalu.
Kementerian turut mendesak Mesir melancarkan siasatan terhadap kejadian itu.
Jurucakapnya Eyad al-Bozom berkata: “Jelas ini pembunuhan tidak berhati perut yang dilakukan terang-terangan pada waktu siang.”
Gaza dikawal Hamas, yang mempunyai hubungan tegang dengan Mesir. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:04 AM




PENDUDUK Palestin memprotes pembunuhan lelaki terbabit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102948#sthash.rsZqpV87.dpuf

No comments:

Post a Comment