Tuesday 29 December 2015

Rejim Zionis terus mengganas

Rejim Zionis terus mengganas

28 DISEMBER 2015

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel menembak dan menahan seorang lelaki Palestin di bandar ini selepas dia didakwa melancarkan serangan pisau terhadap pasukan keselamatan rejim Zionis.
Jurucakap tentera Israel semalam berkata, pemuda terbabit ditembak ketika dia menikam dan mencederakan seorang askarnya berhampiran sebuah stesen bas di barat al-Quds.
Lelaki Palestin berkenaan ditahan sejurus ditembak.
Menurut Press TV, kejadian itu berlaku sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang pemuda di Baitulmaqdis Timur kerana cuba menyerang seorang anggota polis dengan pisau.
Bagaimanapun, ibu bapa mangsa menolak dakwaan itu dengan menegaskan anak mereka mengalami sakit mental.
Jumaat lalu, polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba merempoh anggota keselamatan dengan kereta dipandunya di Tebing Barat.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 126 penduduk Palestin maut dibunuh pihak berkuasa Israel atau penduduk Yahudi dalam tempoh 12 minggu.
Penentangan penduduk Palestin terutama sekali golongan muda meningkat sejak Oktober lalu yang berpunca daripada tindakan Israel cuba menguasai Masjid al-Aqsa
.

No comments:

Post a Comment