Tuesday 20 October 2015

Yahudi tersilap bunuh pendatang


Baitulmaqdis: Seorang pendatang Eritrea yang ditembak polis Israel dan kemudian diserang oleh orang ramai yang menyangka dia penduduk Palestin, mati akibat kecederaan yang dialaminya.

Kejadian itu menggambarkan ketakutan yang dihadapi penduduk Israel ekoran ketegangan berpunca daripada perjuangan penduduk Palestin.

“Amat teruk. Ia menggambarkan keadaan cemas dan bimbang yang kami hadapi setiap hari,” kata jurucakap Kementerian Luar Emmanuel Nahshon.

Kementerian Dalam Negeri Israel berkata, lelaki yang mati itu ialah Haptom Zerhom, pendatang dari Eritrea yang berusia lewat 20-an.

Kejadian berlaku selepas seorang warga Israel keturunan Arab menembak mati seorang askar Israel di sebuah stesen bas di Beersheba. Sembilan orang juga cedera apabila ditikam lelaki berkenaan.

Kamera keselamatan menunjukkan Zerhom yang berada di tempat kejadian tembak anggota polis Israel. Dia kemudian dikepung dan dibelasah sekumpulan penduduk Yahudi, termasuk seorang yang menggunakan bangku untuk memukul kepalanya.

Keganasan yang berpunca daripada kedegilan Israel untuk membuka kawasan perkarangan Masjid al-Aqsa kepada pelawat Yahudi sejak sebulan lalu hingga kini sudah meragut 50 orang, termasuk 41 warga Israel keturunan Arab dan penduduk Palestin. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:52 AM


PENDATANG Eritrea terbabit yang cedera dipukul dibawa ke hospital sebelum dia mati, semalam.

No comments:

Post a Comment