Tuesday 20 October 2015

Kerry azam tamatkan sengketa Israel-Palestin



SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, John Kerry. - Foto EPA
MADRID: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, menegaskan dia mahu menamatkan konflik keganasan antara Israel dan Palestin kerana dunia mahukan ketenangan serta keganasan seperti itu perlu dihentikan.
Katanya, pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas itu pada minggu ini adalah penting untuk menjelaskan status di sekitar kawasan Al-Aqsa dan mencapai persetujuan langkah yang boleh diambil untuk menamatkan pergolakan.
"Adalah penting pemimpin Israel dan Palestin menjelaskan status di sekitar kawasan al-Aqsa dan bersetuju dengan langkah yang boleh diambil untuk menenangkan pergolakan ketika perbincangan pada minggu ini," katanya.
Kerry berkata, Israel mempunyai hak untuk melindungi dirinya daripada perbuatan keganasan, dan dalam pertemuannya dengan Benjamin Netanyahu, pemimpin Israel itu berkata beliau komited mengekalkan keadaan sedia ada di tempat suci itu.
"Saya tidak mempunyai harapan tertentu kecuali untuk cuba menggerakkan usaha itu. Ia akan bergantung kepada perbincangan dan kehendak mereka sendiri," katanya.
Sementara itu, Kerry juga berkata, beliau akan bertemu dengan pemimpin negara dari Turki, Arab Saudi, Jordan dan Russia di Eropah minggu ini untuk membincangkan konflik Syria.
Washington berpendapat mereka mempunyai tanggungjawab untuk mencuba dan mengelakkan kemusnahan di Syria.
"Saya khuatir dengan kesan sampingan hasil pergolakan di Syria dan peningkatan jumlah pelarian Syria," katanya. AFP

No comments:

Post a Comment