Monday, 21 September 2015

Baitulmuqaddis semakin tegang


BEBERAPA anggota polis Israel menahan seorang pemuda Palestin semasa tunjuk perasaan berlaku di kem pelarian Shuafat berhampiran Baitulmuqaddis kelmarin.


BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di seluruh Tebing Barat selepas pergerakan Hamas melancarkan ‘hari kemarahan’ ekoran ketegangan yang berlaku di masjid al-Aqsa.
Dalam serangan itu, tiga anggota polis tercedera selepas sebutir bom api dilontar ke arah van mereka di daerah Jabal Muka­ber, manakala lapan penduduk Palestin ditahan termasuk tiga remaja, kata polis.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan menembak menggunakan peluru getah semasa penunjuk pe­rasaan melontar batu ke arah mereka di sekitar bandar O­lives termasuk di kem pelarian di Shuafat.
Bagaimanapun, keadaan dilihat tenang di sekitar Kota Lama Baitulmuqaddis dan pekarangan masjid al-Aqsa.
Beberapa pegawai berkata, kira-kira 3,000 anggota polis telah dikerahkan selepas keganasan itu berlaku selama tiga hari minggu ini di tapak suci berkenaan.
“Pejuang Palestin di Gaza melepaskan sebuah roket di bandar Sderot, selatan Israel, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan,” kata polis Israel.
Sebuah roket lain dilihat di­pintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu ‘Iron Dome’ milik Israel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3mMiiJEzk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment