Monday 21 September 2015

Pesawat Israel bedil Gaza


20 SEPTEMBER 2015
Pesawat Israel bedil Gaza Penduduk Palestin menyertai protes anti Israel selepas solat Jumaat di bandar Khan Yunis. - Foto AFP
GAZA - PALESTIN. Pesawat rejim Zionis membedil sasaran di Semenanjung Gaza semalam, sebagai tindak balas terhadap tembakan roket yang dilepaskan kumpulan pejuang Palestin di selatan Israel.

Serangan udara itu menyasarkan dua kem latihan Hamas, tetapi tiada yang dilaporkan cedera menurut pegawai dan saksi.

Kelmarin, roket pertama dilepaskan pejuang ke Israel menyebabkan sebuah bas musnah namun tidak menyebabkan kecederaan.

Roket kedua pula berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan peluru berpandu.

Susulan serangan itu, sebuah kumpulan Palestin yang menyokong kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan salah satu daripada roket berkenaan.

Ketegangan masih tinggi di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, di mana pasukan keselamatan Israel dan rakyat Palestin telah bertempur lebih seminggu lalu. - Reurters

No comments:

Post a Comment