Palestin sertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Palestin sertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai langkah mendakwa jenayah perang terhadap Israel. - Foto AFP
THE HAGUE - BELANDA. Palestin secara rasminya menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai salah satu langkah untuk membuka pintu mendakwa jenayah perang terhadap Israel.

Menurut laporan AFP, upacara penyertaan ini ditandai secara tertutup di ibu pejabat Mahkamah Antarabangsa di The Hague,  hari ini, iaitu 90 hari selepas Palestin menyertai Mahkamah Rome Statute.

"Palestin telah dan akan terus menggunakan semua medium yang sah mengikut kemampuan untuk mempertahankan diri terhadap penjajahan Israel dan pelanggaran undang-undang antarabangsa," kata pegawai kanan Palestin, Saeb Erakat.