Penyertaan itu menjadi satu lagi langkah dalam kempen diplomatik dan perundangan antarabangsa Palestin yang bermula pada tahun lalu.
Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki hari ini berkata, pihaknya akan mula menghantar dokumen yang perlu ke ICC di The Hague untuk tujuan pendakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan terhadap Israel.
Pada tarikh itu juga, Riyad bakal menerima salinan dokumen Piagam Rom iaitu perjanjian asas penubuhan ICC.
Palestin membuat keputusan menyertai ICC secara rasmi pada Januari lalu dengan menyifatkan tindakan tersebut boleh menamatkan kekebalan Israel daripada hukuman.
Sebagai negara ke-123 menyertai badan kehakiman itu, Palestin dan Israel boleh disiasat atas pelbagai dakwaan jenayah yang tidak boleh dikendalikan mahkamah di negara-negara lain di seluruh dunia.
“Palestin telah dan akan terus menggunakan kesemua medium yang sah dalam usaha mempertahankan wilayahnya daripada penjajahan Israel dan pelanggaran undang-undang antarabangsa,’’ kata perunding Palestin, Saeb Erakat.
ICC telah lama dianggap sebagai satu daripada langkah berani mati Palestin, disamping mengancam untuk menamatkan penyelarasan keselamatan yang penting di Tebing Barat dengan Israel. – AFP